Bersangka Baik Tidak Bertempat


"Takpe, bebudak tu dah biasa", kata Ibu kepada 2 orang anak kecil yang ditinggalkan di dalam kereta yang tidak dimatikan enjinnya di hadapan sebuah pasaraya.

"Saya masuk beli barang kejap je", kata bapa kepada seorang budak kecil yang di tinggalkan di atas motor di hadapan kedai runcit.

Sifat terlalu yakin seperti ini yang bakal mendatangkan malapetaka di dalam sesebuah keluarga.

Bayangkan orang pujuk anak yang kecil supaya membuka pintu kereta tu? Kejap je anak dengan kereta tu akan hilang. Bayangkan jugak anak di atas motor tu senang sangat dilarikan. Grab and go. Orang sekeliling pun belum tentu perasan.


Berhenti menjadi terlalu yakin dan berfikiran positif tidak bertempat. Jangan membuka ruang untuk orang berbuat jahat. Akibatnya amat menakutkan.

Kadang - kala orang jahat ini tidak berniat untuk berbuat jahat PADA MASA ITU, tetapi apabila perluang seperti ini terpampang di hadapan mata, ia boleh mendetikkan niat jahat itu.

Sama juga seperti membiarkan anak di dalam kedai. Dalam sekelip mata sahaja semuanya boleh berubah. Jika kita terlambat sedar, kita sememangnya sudah terlambat. Jika kita sempat sedar sekalipun, kadang kala kita tak berdaya untuk mengejar. Bayangkan keadaan itu, mampukah jeritan kita membuatkan orang lain membantu? Belum tentu lagi.

Harap semua ibu - bapa yang membaca penulisan ini berfikir sejenak, pernahkah anda berbuat sesuatu seperti ini? Pernahkah anda tidak sedar di mana anak berada? Jika ya, berubahlah sebelum terlambat.

Saya sendiri pun pernah mengalaminya di Taman. Di dalam 5 saat, kami tidak tahu di mana anak kami, si Akbar. Darah menderu dengan pantas, peluh terus membasahi dahi. Jantung berdegup dengan kencang. Terus datang perasaan takut yang amat sangat. Itu baru 5 saat. Bayangkan jika lebih lama lagi?

Berhentilah bersangka baik tidak bertempat. Berhentilah berfikir yang ianya tidak akan terjadi kepada kita. Bila - bila dan di mana sahaja ianya boleh terjadi. Sentiasa buka mata dan berhati - hati. Sebenarnya perkataan lain bagi bersangka baik tidak bertempat ini ialah cuai. Jangan disebabkan kecuaian anda, hidup anda sekeluarga menjadi gelap segelap - gelapnya.


Kongsikan pesanan khidmat masyarakat ini. Sama - samalah kita jaga anak kita.

Korang pernah tak terhilang anak kejap?

Jemput follow saya 👉 Akhtar Syamir. Saya selalu menulis mengenai kekeluargaan, hubungan suami isteri dan isu semasa.

Jom join SUPERGROUP TELEGRAM saya di mana kita boleh berinteraksi dengan lebih rapat lagi.

Klik ➡️ BroOhsem Fans ⬅️

BroOhsem

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »