Orang Ketiga, Ujian Atau Takdir?



Beratus-ratus mesej diluahkan mengenai topik ini.

Ada yang redha dan anggap ianya ujian. Ada yang menyalahkan diri sendiri sebagai isteri yang tidak sempurna. Ada suami yang mengaku ianya satu kegagalan dalam ujian. Ada yang menyatakan saiz kasut pun berbeza, apatah lagi takdir dan ujian setiap manusia.

Bagi saya, dari kita fokus kepada perkara yang bukan di dalam kawalan kita seperti ujian dan takdir, apa kata kita tumpukan perhatian kepada benda yang di dalam kawalan kita.

Untuk suami, jangan cari pasal. Untuk isteri, jangan beri sebab.


Orang ke 3 dalam definisi realiti ialah PILIHAN. Terutamanya bagi seorang suami. Ya, ianya pilihan. Anda bukanlah satu  benda yang tidak mempunyai nyawa seperti bulu yang mengikut sahaja putaran angin. Anda seorang manusia yang mempunyai akal fikiran untuk berfikir.

Berhenti menyalahkan takdir, berhenti menyatakan ini adalah ujian. Pokok pangkalnya hati, perasaan dan nafsu itu sendiri.

Bertepuk sebelah tangan tidak akan jadi. Siapa yang meletakkan diri di tempat yang anda terpaksa membuat keputusan? Anda sendiri. Siapa yang memulakan? Bukan orang ketiga, anda sendiri. Mungkin boleh cakap orang ketiga yang memulakan, tetapi sedar tak di saat anda melayan, segala-galanya bermula.



Ingat semula detik anda mula reply mesej dengan niat yang lain. Ingat semula saat anda mula whatsapp dengan niat yang lain. Ingat semua ketika anda mula menjeling mata. Ingatlah kembali semasa anda lupa anda sudah mempunyai isteri.


Teringat? Jadi, masih salahkan takdir dan ujian? Masih menggunakan alasan poligami sebagai jalan penyelesaian? Anda sebenarnya mengambil jalan mudah di atas nafsu serakah anda.

Jadi, bagaimana pula dengan isteri? Bagaimana seorang isteri boleh memberi sebab kepada suami untuk memandang ke arah lain?

Percaya atau tidak, ada isteri yang sehingga ke hari ini, setelah bertahun-tahun kahwin masih tidak menjadi isteri? Suami umpama orang lain yang duduk sebumbung.

Tidak kemesraan ditunjukkan. Tiada layanan mesra, tiada kerjasama dan toleransi. Keadaan rumah sentiasa tegang. Suami ditengking dan dimarahi. Langkah pertama suami masuk ke pintu rumah sudah disambut dengan bebelan dan leteran.  Rumah umpama neraka dunia. Ibu dan ayah suami menjadi bahan kutukan dan tiada rasa hormat. Makan tidak pernah dihidang, masakan dari air tangan sendiri sudah menjadi sesuatu yang amat didambakan suami.


Isteri boleh jadi punca, boleh. Lihat kembali apa kita buat untuk suami. Secara peribadi. Bukan dari segi kewangan atau kekeluargaan. Dari segi peribadi itu sendiri. Selami hati dan perasaannya. Jika anda mahu dia tanya apa yang sebenarnya yang anda mahukan, pernah tak anda tanya dia apa yang dia mahukan?

Adakah ini semua satu ujian atau takdir? Tidak. Orang ketiga itu adalah pilihan suami dan isteri. Anda yang pilih untuk berada di dalam situasi itu. Sama ada suami atau isteri dan kadang-kala kedua-duanya menjadi penyebab kepada hadirnya orang ketiga itu.

Muhasabah diri. Bukalah mata. Jangan kita menjadi penyebab dan jangan pula kita memberi sebab. Apa yang di luar kawalan kita itu tawakallah. Fokus pada yang kita boleh buat.

Semoga kita semua lebih menyayangi pasangan kita dan terhindar dari permasalahan orang ketiga ini.

Kongsikan penulisan ini supaya lebih ramai sedar kenapa perkara ini berlaku dan cara untuk menghindarinya.

Jemput follow saya di Facebook 👉 Akhtar Syamir. Saya selalu menulis mengenai kekeluargaan, hubungan suami isteri dan isu semasa.

Jom join SUPERGROUP TELEGRAM saya di mana kita boleh berinteraksi dengan lebih rapat lagi.

Klik ➡️ BroOhsem Fans ⬅️

BroOhsem

Ayah Yang Mengutamakan Keluarganya


Ayah Yang Mengutamakan Keluarganya.

Dahulunya aku, aku, aku. Selepas itu dia, dia, dia. Akhirnya kini, mereka, mereka, mereka. Ini carta kedudukan keutamaan dalam hidup seorang ayah.

Perhatikan suami atau ayah anda sekarang dan bandingkan dengan senarai ini. Jika ada di antara senarai ini yang kena dengan ayah atau suami kepada anak-anak anda, ketahuilah, dirinya sudah tidak penting lagi. Yang lebih penting dari segala-galanya adalah anak dan isteri iaitu keluarganya.

1. Bila dia berhenti merokok.
2. Bila dia selalu menjadi orang yang pertama memakai tali pinggang keledar semasa mahu memulakan perjalanan.
3. Bila dia menukar kerjaya atau berkorban kerjaya kerana keluarga.
4. Bila dia mula menjaga pemakanan dan bersenam.
5. Bila dia bersungguh-sungguh mencari rezeki.
6. Bila dia sering tidak cukup tidur.
7. Bila dia tidak lagi mudah marah.
8. Bila dia kadang-kala termenung.
9. Bila dia masih memakai barang yang sudah bertahun-tahun tidak bertukar dengan alasan membazir beli yang baru.
10. Bila dia jarang berkata tidak boleh.
11. Bila dia berhenti bermain game secara serius.
12. Bila dia sering menyatakan niat untuk membeli itu ini untuk keluarga walaupun pada masa itu dia tidak mampu.
13. Bila dia membeli barang untuk keluarga secara rahsia.
14. Bila dia menyediakan insuran untuk keluarganya.
15. Bila dia menamakan isteri sebagai pewaris kepada hartanya.
16. Bila dia kurang atau sudah meninggalkan hobinya.
17. Bila dia sentiasa menjaga tingkah laku dan matanya.
18. Bila dia tidak melayan godaan atau cubaan dari wanita lain.
19. Bila dia tidak curang.
20. Bila dia lebih menghabiskan masa di rumah berbanding bersama kawan.
21. Bila dia mendengar aduan dan pujuk rayu anak dan isterinya berbanding menggunakan kuasa veto seorang ayah.
22. Bila dia tidak memukul anak dan isterinya.
23. Bila dia bersungguh-sungguh untuk menjadi kawan kepada anaknya yang meningkat remaja.
24. Bila dia menangis kerana keluarganya.
25. Bila dia menjadi orang yang paling gagah melindungi keluarganya.
26. Bila dia selalu mengucapkan terima kasih, I love You, selamat pagi, selamat malam kepada keluarganya.
27. Bila dia pulang dengan senyuman.
28. Bila dia membuat keluarganya berbangga.
29. Bila dia mengaku akan kesilapannya.
30. Bila dia jarang menunjukkan kesusahannya kerana tidak mahu keluarganya bimbang.

______________________________



Ini serba sedikit sifat seorang ayah yang meletakkan semua yang disayanginya di hadapan dirinya sendiri. Saya pasti ramai yang ada kena mengena dengan senarai ini.

Jika ayah anda ada kualiti sebegini, sedarlah yang anda sebenarnya bertuah kerana ramai sebenarnya yang mempunyai sebaliknya.

Jika ada di antara senarai ini yang ayah anda belum buat, ketahuilah mereka sedang cuba sedaya upaya untuk merealisasikannya. Janganlah membanding-banding dan jangan pula memandang rendah di atas usahanya. Saya pasti semua ayah inginkan yang terbaik buat keluarganya.

Adakah anda sayangkan ayah anda?

Kongsikan senarai ini supaya lebih ramai anak menghargai ayahnya. Kadangkala kita terlupa atau terlepas pandang perkara ini.

Jemput follow saya di Facebook 👉 Akhtar Syamir. Saya selalu menulis mengenai kekeluargaan, hubungan suami isteri dan isu semasa.

Jom join SUPERGROUP TELEGRAM saya di mana kita boleh berinteraksi dengan lebih rapat lagi.

Klik ➡️ BroOhsem Fans ⬅️

BroOhsem

Pengorbanan Seorang Ayah Yang Jarang Diperkatakan


Ayah ini selalu dibayangi kisah-kisah pengorbanan Ibu. Tiada apa salahnya pun cuma sudah sampai masanya kita perkatakan berkenaan seorang ayah.

Apa yang sebenarnya seorang Ayah buat dalam keluarga? Nampak macam tiada yang istimewa. Tidak menarik, tidak mengujakan dan memberi inspirasi. Kita selalu nampak ayah, balik kerja, duduk depan tv, makan, suruh anak belajar, marah jika ada yang tak kena, tidur, tidur dan tidur. Betul tak?

Sebenarnya terlalu banyak yang Ayah lakukan. Cuma seperti semua perkara, jika kita tidak buka mata, jika kita tidak memasang telinga, kita akan terlepas pandang. dan tidak dapat mendengar.

Satu benda paling ringkas saya boleh ringkaskan, nikmat yang dikecapi sentiasa akan nampak biasa dan ianya cuma akan dirasakan apabila ayah sudah pergi. Percayalah, hanya yang sudah kehilangan ayah sahaja yang faham.

Mari kita selami kehidupan Ayah kita. Dari mata, telinga, badan dan turun ke hati serta jiwa orang yang kita sayangi.


1. Ayah selalu mengalah.
- Apa sahaja yang dilakukan, keluarganya menjadi keutamaan. Nak makan mana? Ayah biasa tanya. Nak jalan mana? Ayah tanya jugak. Semua benda tidak lagi menjadi pilihan Ayah kerana apa yang keluarganya inginkan jauh lagi penting dari diri sendiri.

2. Kehidupan lalu, sudah berlalu.
- Dulu Ayah seorang yang tak duduk diam. Ada sahaja perkara yang dilakukan. Tengok bola, lepak mamak dengan kawan, travel sana sini, konvoi dari Perlis ke Johor, memancing di sungai dan lautan, bersukan siang malam pagi petang, berada di hadapan skrin monitor atau telefon bergembira main game dengan orang di serata dunia dan membuat segala benda yang mengisi kehidupannya.

Tetapi semuanya ditinggalkan dan diletakkan di belakang. Masa itu semua sudah berakhir. Setiap momen untuk diri sendiri, lebih baik dihabiskan bersama anak dan isteri. Jika masih ada yang belum dapat meninggalkan gaya hidup lama, ketahuilah yang masa orang menyesuaikan diri ini tidak sama. Ada yang boleh terus berubah, ada yang memerlukan beberapa tahun.


3. Ayah sentiasa majukan diri untuk keluarganya.
- Sama ada di tempat kerja, kenaikan pangkat, bonus dan apa juga yang dapat menambah kebaikan untuk keluarganya pasti menjadi dambaan buat seorang Ayah.

Aku nak anak isteri aku senang. Itu yang sering bermain di kepala Ayah. Aku nak keluarga aku selesa, keluarga aku gembira. Aku nak diorang dapat apa yang diimpikan. Aku nak sediakan itu semua. Demi mereka. Aku akan berusaha bekerja dengan lebih baik. Aku akan buat lebih dari orang lain. Itu antara kata hati dan niat seorang Ayah  berkenaan dengan kerja dan kerjayanya.

4. Ayah tak cukup tidur.
- Katalah apa pun, kaki berdengkur, asyik tidur-tidur dan tidur je kerjanya. Balik rumah, tidur, balik rumah tidur. Ini yang orang selalu nampak, tetapi realitinya jauh berbeza. Ayah memang sentiasa tidak cukup tidur.

Kerja lebih, tenaga yang digunakan juga lebih. Tidak kira pekerjaan apa, asalkan ianya menggunakan dan memerlukan fokus seorang manusia, ianya akan memenatkan. Di mana lagi untuk seorang Ayah tidur? Pastinya di tempat paling selesa buat dirinya, iaitu di rumah.

Jadi, janganlah memandang ringan dan memperlekehkan masa tidur seorang Ayah. Ayah ni hanya akan tidur semasa betul-betul penat sahaja. Nyawa jaganya pasti akan diberikan kepada keluarganya jika Ayah tidak mengantuk.


5. Duit Ayah bukan lagi untuknya.
- Bila kali terakhir ayah beli pakaian untuk dirinya sendiri? Seluar jeans yang dipakainya mungkin berusia lebih 3 tahun. Baju-bajunya membuatkan Ayah termenung apa lagi yang dia boleh pakai untuk tidak terlalu nampak memakai pakaian yang sama sahaja.

Kalau perasan seorang lelaki atau Ayah yang sentiasa pakai pakaian yang sama sahaja, itu sebenarnya contoh ayah yang sedang berkorban buat keluarganya. Jangan tegur, dia malu sangat. Bukan Ayah tak nak beli, nak sangat. Tapi lebih baik beli lampin anak, lebih baik kumpul untuk duit belanja sekolah atau beli barang dapur.

6. Masa tidak cukup 24 jam dalam sehari.
- Ayah perlukan lebih masa. Banyak sangat yang Ayah nak buat untuk anak isteri. Selalu tak cukup masa, selalu rasa masa tidak dimanfaatkan dengan sepenuhnya. Benda lain boleh tunggu, anak bini aku dulu yang utama.

Masa tidak lagi ditentukannya sendiri, kerapkali keluarga yang menentukan masa Ayah, di mana dia perlu berada dan pada waktu bila.


7. Ayah ialah seorang Superman.
- Ayah orang yang paling kuat. Ayahlah yang paling tabah. Ayah orang terakhir yang akan panik. Ayah gagah di mata anak dan isteri.

Pada hakikatnya, Ayah sangat takut. Ayah sentiasa tidak yakin dan Ayahlah yang cepat menggelabah. Ayah sentiasa takutkan keselamatan keluarganya. Di belakang muka ganas dan gagah itu adalah seorang anak kecil yang ketakutan.

Namun, Ayah sentiasa jadi lebih kuat dan yakin walaupun berkali-kali Ayah tunduk kepenatan, menyerah kalah kepada kegagalan dan kekecewaan.


Tetapi satu kelebihan Ayah ialah menyorok segala kesengsaraan ini dari pandangan keluarga. Biar ayah risau sendiri duit cukup ke tidak bulan ni, biar ayah pening kepala nak rancang masa depan keluarga. Ayah boleh lakukannya demi keluarga. Itu yang Ayah ulang hari-hari di dalam kotak mindanya.

8. Ayah sangat berahsia.
- Seorang lelaki sukar untuk berkongsi apa-apa. Seorang Ayah lebih teruk. Kalau boleh, biarlah semua orang tak tahu.

Ayah penat? Ayat kecewa dengan kerja? Ayah takut duit tak cukup? Ayah risau esok takde makanan untuk anak isteri? Ayah tertekan satu-satu perkara? Semuanya ditinggalkan di depan pintu rumah. Bila pulang, semua masalah itu dibungkus dan diletakkan di luar rumah untuk dipikul semula apabila Ayah keluar kerja esok pagi.

Jangan tanya kenapa tak semua yang dikongsi. Itu lumrah seorang Ayah. Dia tidak suka ahli keluarganya merasaki kesakitan yang telah atau sedang dia rasai.


9. Ayah seorang guru.
- Tanyalah apa pun, Ayah akan cuba mengajar dan menjawabnya. Susah atau senang, Ayah akan cari jalan supaya anak faham apa yang sedang dia cuba fahami itu. Jarang sekali ayah akan lepas tangan dan biarkan anaknya tertanya-tanya. Jawapan akan sentiasa ada, cuma kadang-kala memerlukan masa untuk mencarinya.

10. Ayah faham akan semua keperluan.
- Selagi daya, Ayah akan memberi. Jangan sekali-kali berfikiran yang Ayah tidak faham kehendak kita. Dia sangat faham, cuma dia tak mampu je buat masa tu. Sabarlah jika anda memerlukan sesuatu. Masanya akan tiba bila dia mampu untuk realisasikan apa yang anak dan isterinya perlukan.

11. Ayah tak dahagakan pujian, hanya kepuasan.
- Ayah boleh hidup tanpa ucapan terima kasih. Kerana dia sudah puas apabila dia berjaya buat sesuatu untuk keluarganya. Itu terima kasih untuknya walaupun tidak diucapkan.

Setiap keperluan itu adalah misi. Suatu misi yang berjaya adalah kepuasan. Kepuasan inilah menjadi pembakar semangat untuk Ayah terus menjadi seorang Ayah.
_________________________

Itulah serba sedikit pelayaran jiwa seorang Ayah. Semoga anak dan isteri lebih faham apa yang Ayah lalui. Bukan mereka sahaja, orang di sekeliling juga perlu tahu supaya tiada pandangan-pandangan sinis kepada mereka yang mengutamakan keluarganya dahulu sebelum diri Ayah sendiri.

Semoga kita semua lebih menyayangi Ayah kita. Ucaplah terima kasih di atas segala-galanya yang kita nampak dan sedar, atau yang diselindungkan dari kita. Segala nikmat yang kita nikmati sekarang, hampir kesemuanya diusahakan Ayah kita. Jika ada di antara Ayah yang gagal, jika ada di antara Ayah yang tidak menjadi seperti yang sepatutnya, janganlah menghukum semua Ayah. Kerana walaupun Ayah itu selalunya sama, tetapi Ayah juga manusia. Ada yang baik dan tidak baik.


Terimalah Ayah seadanya, peluklah dia selalu sebelum kita kehilangannya. Kelembutan, kasih sayang anda semua mengisi kekuatan dirinya untuk dicurahkan segala daya kepada keluarganya semula.

Selamat Hari Ayah. Semoga Ayah lebih difahami dan tidak lagi ditolak tepi.

Kongsikan penulisan ini, demi Ayah kita.

Jemput follow saya di Facebook 👉 Akhtar Syamir. Saya selalu menulis mengenai kekeluargaan, hubungan suami isteri dan isu semasa.

Jom join SUPERGROUP TELEGRAM saya di mana kita boleh berinteraksi dengan lebih rapat lagi.

Klik ➡️ BroOhsem Fans ⬅️

BroOhsem

Haruan Makan Anak Saudara


Kisahnya bermula pada tahun 2016 apabila anak kepada satu pasangan ini mendapat peluang untuk menyambung pelajarannya di Kolej Vokasional.

Kebetulan, rumah mak saudara anak gadis ini berdekatan dengan kolej. Jadi, anak mereka boleh la berehat di rumah mak saudaranya pada hujung minggu.

Pada suatu hujung minggu, datang la anak saudara ini ke rumah untuk berehat-rehat sementara menunggu hari Isnin. Mak saudaranya masih bekerja di pejabat pada waktu itu.

Dia disambut oleh suami kepada mak saudaranya. Seorang yang sudah pencen berumur lebih dari 65 tahun. Mungkin dengan umur yang layak dipanggil datuk itu membuatkan mak saudaranya tidak mengesyaki apa-apa.


Namun sebaliknya yang berlaku. Datuk haruan mula mengatur langkah. Dipujuknya anak saudara isterinya itu untuk membuka tudung. Bapa saudara kan mahram katanya (Nota : Suami kepada ibu saudara BUKAN MAHRAM). Mujur pujukan itu tidak diendahkan. Tidak terhenti di situ, umpama orang muda yang sedang menggoda, tersengih sana-sini dan memandang tanpa henti. Sangat menakutkan.

Masalah tiba pada malam hari. Bilik tetamu di rumah itu tidak boleh dikunci. Tidak yakin langsung dengan keselamatannya, anak gadis ini menelefon ibu-bapanya untuk datang menjemput dirinya.

Datanglah mereka menjemput anaknya yang dalam ketakutan secara tergesa-gesa tanpa diketahui sebabnya oleh isteri datuk gatal itu.


Demi menjaga aib dan ikatan kekeluargaan, ibu dan ayah anak gadis ini hanya mendiamkan diri. Mereka tidak lagi membawa anaknya ke rumah mak saudaranya lagi sejak hari itu.

Haruan terlepas makanan, haruan juga terlepas hukuman.

Hari Raya baru-baru ini terbongkar satu rahsia. Rupanya sepupu anak mereka pun mengalami nasib yang sama. Malah lebih bahaya lagi.

Ada satu masa, 2 orang sepupu mereka (adik-beradik) tidur di rumah yang sama. Pada jam lebih kurang 3 atau 4 pagi, datuk haruan datang menjengah. Tidak tahan dengan godaan syaitan, datuk haruan cuba untuk menjamah.


Mujurlah si adiknya sedar dari tidur dan sempat melihat datuk terkutuk sedang cuba untuk menjamah kakaknya. Menyedari perbuatannya disedari, datuk durjana tersebut membatalkan niatnya.

Keesokan harinya adik beradik itu mengadu kepada mak saudaranya namun tidak diendahkan. Setelah berkeras untuk dihantar pulang, mereka berdua selamat kembali ke rumah tanpa apa-apa kejadian tidak diingini tetapi pengalaman ngeri yang tidak akan dilupakan.

"Bodoh punya orang tua, mampos lagi baik", antara luahan kemarahan si adik kepada ibunya. Mereka sangat geram kerana perkara ini tidak diendahkan oleh mak saudaranya.

Yang amat menyedihkan, si datuk tua gatal itu sudah bergelar Haji lagi. Geleng kepala sungguh.

Itulah serba sedikit kisah yang diceritakan kepada saya oleh seorang cikgu di group telegram saya untuk dijadikan teladan.

Apa yang kita boleh dapat dari kisah ini?

1. Anak kita, kita yang lindungi. Jangan lepaskan pada orang lain selagi dia belum berkahwin.

2. Jangan terlalu percayakan saudara-mara. Kita takkan kenal dengan sebenar-benarnya setiap saudara kita.

3. Jangan terlalu bersikap positif dan bersangka baik dalam hal sebegini. Sentiasa perlu curiga, sentiasa perlu siasat, sentiasa perlu berjaga-jaga nak mempercayai anak sendiri.


4. Report polis ! Ini adalah satu perkara yang serius. Berhenti la menyembunyikan kejahatan. Orang seperti ini penuh dengan nafsu serakah syaitan yang semakin seronok apabila kelakuannya tidak  dihukum.

5. Ketahuilah betapa seriusnya perkara ini dan kesannya kepada anak-anak jika berlaku perkara yang lebih buruk.

6. Membacalah, belajarlah apa itu pedofilia. Bukalah mata dan hati, kita sekarang berada di dalam dunia yang bahaya.
__________________________

Semoga dapat menyedarkan ibu-bapa yang masih lena. Semoga dapat menyedarkan isteri yang masih tidak mahu terima kenyataan bahawa suaminya berkawan dengan syaitan.


Kongsikan peringatan ini. Semua orang patut tahu.

Rasanya dah sampai masanya kita jangan pandang kebaikan orang hanya dari rupa paras, kelakuan luaran dan gelaran semata-mata. Betul tak?

Jemput follow saya di Facebook 👉 Akhtar Syamir. Saya selalu menulis mengenai kekeluargaan, hubungan suami isteri dan isu semasa.

Jom join SUPERGROUP TELEGRAM saya di mana kita boleh berinteraksi dengan lebih rapat lagi.

Klik ➡️ BroOhsem Fans ⬅️

BroOhsem

Anak-Anak Mangsa Penceraian


Anak-Anak Mangsa Penceraian.

Perasan tak, sahabat kita yang ada masalah kebanyakannya datang dari keluarga yang bermasalah?

Institusi perkahwinan yang berantakan boleh menjadi salah satu punca kepada melahirkan insan yang bermasalah. Anak-anak yang bermasalah ini masih kecil. Ada juga yang sudah meningkat remaja. Mereka kecewa, mereka geram, mereka takut, mereka marah dan mereka tak faham sepenuhnya kenapa ibu dan bapa mereka bergaduh dan berpisah.

Mereka tahu satu keluarga ada 3 entiti iaitu seorang bapa, seorang ibu dan mereka sebagai anak. Apabila berlaku penceraian, mereka sukar untuk menerima apabila keluarga mereka itu kehilangan satu dari entiti itu. Bagi mereka, ianya tidak lengkap, cacat.


Macam mana anak-anak ini mengekspresi diri dan menunjukkan apa yang mereka rasa? Nak marah bagaimana lagi? Nak menangis sampai keluar air mata darah pun belum cukup puas.

Jadi, mereka akan luahkan kekecewaan dengan membuat perkara yang boleh mengambil perhatian orang. Bertindak ganas, liar, menjadi jahat dan membuat benda-benda yang tidak sepatutnya.

Dalam kes yang saya terima baru-baru ini, seorang isteri kepada duda anak dua yang terpaksa menjaga anak tirinya yang tidak lagi mahu dijaga bekas isteri suaminya. Masalah timbul apabila suaminya itu sering bekerja di luar meninggalkan Puan ini terpaksa menjaga anak tirinya seorang diri.

Yang sangat membimbangkan, anak yang berumur baru 13 tahun itu sangat bermasalah dan tdak mendengar kata. Budak itu pernah ditangkap mencuri duit Masjid dan bapanya juga terpaksa turun naik mahkamah disebabkan kes lain anaknya itu.

Adakah adil, seorang isteri terpaksa menjadi ibu segera kepada anak yang seperti ini? Saya tidak salahkan budak itu 100%. Umur 13 tahun masih belum cukup matang untuk menilai setiap kelakuan dan perbuatan.

Ibu-bapa kandung yang perlu mainkan peranan. Anda telah melenyapkan impian kegembiraan anak-anak dengan masalah anda dan pasangan, bertanggungjawablah. Saya rasa tidak adil ibu tiri yang terpaksa menanggung beban kesalahan ibu-bapa anak tirinya itu.

Kita sering dimomokkan dengan kejahatan ibu tiri kepada anak tiri. Tetapi, apa kata kita ubah sedikit pandangan kita dan mengambil kira situasi yang sedang berlaku ini. Puncanya tak lain tak bukan ialah keruntuhan institusi kekeluargaan itu.

Untuk lebih memahami apa yang anak-anak lalui selepas berlakunya penceraian, mari kita sama-sama selami jiwa mereka.

1. Kebimbangan.
- Mereka sentiasa risau. Mereka tidak lagi boleh mengagak apa yang akan berlaku esok hari.


2. Tekanan Yang Berterusan.
- Perpisahan anntara ibu dan bapa mereka sangat memberi tekanan. Mereka akan sentiasa tertekan, sering marah dan akan selalu membuat kesilapan.

3. Perasaan Yang Tidak Menentu.
- Ada hari mereka gembira, ada saat mereka berduka. Apabila bergembira, pasti kesedihan akan kunjung tiba dan membuatkan mood mereka berubah-ubah.

4. Kesedihan Yang Melampau.
- Siapa yang tidak bersedih jika terpaksa berpisah dari ibu atau bapa? Anak-anak ini sentiasa dalam kesedihan. Hati mereka sangat rapuh. Mudah bersedih di atas perkara yang bagi orang biasa ada sangat normal.

5. Perasaan Tiada Harapan.
- Harapan hidup mereka hampir kesemuanya hilang bersama hilangnya orang yang membawa mereka ke dunia. Mudah untuk kita memujuk mereka supaya positif, tetapi hakikatnya jauh panggang dari api.


6. Masalah Tingkah Laku dan Sosial.
- Ada yang mengekspresikan diri dengan masalah dan keganasan. Di sekolah mungkin selalu bergaduh, selepas sekolah mungkin mengikut mat rempit ke sana sini. Mereka dambakan perhatian yang diberikan apabila mereka buat masalah-masalah ini.

7. Mempunyai Masalah Perhubungan.
- Anak-anak yang telah melalui keluarga yang berantakan ini hampir pasti mempunyai masalah di dalam perhubungannya sendiri. Ini hasil dari perasaan susah untuk mempercayai pasangan kerana mereka sendiri telah ditipu ibu-bapa mereka.


8. Kecenderungan Kepada Penyalahgunaan Dadah.
- Melupakan masalah dengan cara yang paling singkat? Dadah selalunya menjadi pilihan. Mereka yang sentiasa bimbang, tertekan, marah dan lain-lain menjadikan dadah sebagai jalan keluar sementara.

9. Kemurungan.
- Berdiam diri, bersedih keseorangan, menyendiri dan kebarangkalian akan mencederakan diri dan membunuh diri. Ada juga yang akan membuat perkara yang tidak patut dilakukan atau yang membahayakan orang lain di sekeliling mereka.

10. Kemungkinan Mempunyai Tahap Pendidikan Yang Rendah.
- Anak-anak di dalam keluarga yang berpecah ini, jika tidak dijaga dengan baik, pasti tidak akan rasa mereka perlu maju di dalam pelajaran. Siapa yang akan berbangga dengan mereka? Ayah yang selalu ke luar negeri atau ibu kandung yang sudah tidak pedulikan mereka? Jika tiada, buat apa nak dapat A?

11. Kurang Didikan Agama.
- Jika keperluan rohani lain anak-anak pun diabaikan, apatah lagi dari segi keagamaan? Pastinya dianggap tidak penting. Hasilnya, insan yang semakin lama semakin jauh dengan agama dan akhirnya akan membentuk keluarga yang agamanya hanya di kad pengenalan sahaja.

_________________________


Itulah di serba sedikit apa yang terjadi dan apa yang dilalui anak-anak hasil penceraian. Perlu ingat yang kesannya bukan hanya apabila mereka kecil tetapi boleh berlarutan sehinggalah mereka besar dan mendirikan rumahtangga mereka sendiri.

Ada orang kata, sebelum bercerai, dah fikir masak-masak atau belum? Dah fikir pasal keluarga atau belum? Jangan terlalu cepat mencari jalan mudah. Janganlah terlalu cepat untuk melarikan diri. Fikirkan anak-anak juga. Cubalah sebaik mungkin perbaiki hubungan sesama pasangan. Anak anda, tanggungjawab anda.

Apa yang anda wajib lakukan sebagai Ibu atau Bapa kepada penceraian anda sendiri?

1. Anda sendiri perlu gembira dan memberi kegembiraan kepada anak anda. Baca list di atas dan ketahui apa yang mereka sedang lalui. Lawan semua itu dengan kegembiraan. Jangan sekali-kali biar mereka lalui perkara ini sendiri. Anda yang buat mereka jadi begini, faham?

2. Luangkan masa sebanyak mungkin dengan anak. Masa itu emas, masa itu tidak boleh diganti. Jangan cakap nanti bila anak sudah besar, anda akan ganti semula masa yang anda tinggalkan semasa mereka kecil. Masa tidak berfungsi seperti itu. Lagipun kita tak tahu ajal maut kita.

3. Terangkan mereka apa yang terjadi. Biar mereka faham. Mereka keliru. Rungkaikan kegusaran mereka. Beri cara untuk elakkan dari melakukan kesilapan yang sama yang telah anda lakukan.

4. Jangan rahsiakan penceraian daripada anak-anak. Mereka ada hak untuk tahu. Mereka ada hak untuk memilih jika sudah cukup umur. Jangan memaksa. Jangan tarik mereka di dalam masalah peribadi anda dan pasangan.



5. Selesaikan urusan mahkamah dengan cepat. Untuk bina hidup yang baru, kehidupan yang lama perlu ditinggalkan. Jangan buat proses penjagaan anak ini menjadi terlalu lama dan membuatkan mereka tidak tentu arah. Penceraian sudah pun terjadi, sila move on dan jangan jadikan masalah penjagaan anak sebagai medan membalas dendam.

6. Jangan halang anak dari jumpa dengan ibu atau bapa mereka. Itu hak mereka. Kecuali ibu atau bapa yang bermasalah dan boleh mendatangkan bahaya kepada anak-anak dan anda sendiri.

7. Berhenti menghasut anak supaya membencikan ibu atau bapanya sendiri. Jangan memfitnah, jangan menipu. Sebenci-benci anda kepada bekas pasangan, jangan mereka-reka cerita keburukannya kepada anak-anak. Ini satu penipuan yang tidak baik.

8. Jika sudah ada pengganti, JANGAN HARAP pasangan baru anda boleh faham 100% situasi anda dan anak-anak anda. JANGAN ANGGAP mereka boleh terus terjun menggantikan ibu atau bapa kandung mereka. Tidak semua orang mampu dan tidak semua boleh terima dengan cepat. Ada yang perlukan masa yang lebih lama. Yang paling penting, jangan lepas tangan. Anak anda, tanggungjawab anda.
___________________________


Semoga kita sedar dan janganlah salahkan mereka yang sedang melalui masalah yang besar ini. Berikan mereka sokongan sebaik yang mungkin dan yang paling utama, bersabarlah. Mereka telah melalui satu pengalaman yang memeritkan. Semakin kita faham keadaan mereka, semakin kita mudah untuk menerima dan membuatkan mereka percaya kembali yang dunia ini sebenarnya indah.

Kongsilah maklumat yang sangat penting ini. Pemahaman anda sangat-sangat diperlukan.

Jemput follow saya di Facebook 👉 Akhtar Syamir. Saya selalu menulis mengenai kekeluargaan, hubungan suami isteri dan isu semasa.

Jom join SUPERGROUP TELEGRAM saya di mana kita boleh berinteraksi dengan lebih rapat lagi.

Klik ➡️ BroOhsem Fans ⬅️

BroOhsem

Panduan & Pantang Larang Beraya Di Rumah Orang


Dalam musim perayaan ini, sudah tentulah ramai yang akan ziarah menziarahi antara sesama saudara, adik beradik dan rakan taulan.

Tetapi, saban tahun kita sering mendengar kejadian-kejadian yang tidak diingini berlaku tatkala musim perayaan tiba. Ada yang tv pecah, gelas pecah, pinggan mangkuk pecah, kecurian, kehilangan barang, kehilangan duit, kerosakan harta benda seperti sofa terkoyak dipijak anak, karpet kena muntah dan berak anak serta lain-lain kejadian yang tidak diingini.

Hasilnya, amalan ziarah menziarahi yang sepatutnya mengeratkan silaturrahim bertukar menjadi sesuatu yang meninggalkan kesan yang tidak baik. Ianya diakhiri dengan situasi tegang, tuduh menuduh, memendam perasaan dan mengata antara tuan rumah dan yang datang beraya.

Marilah jadikan senarai ini sebagai panduan apabila beraya di rumah orang lain.


1. Sedarlah yang anda sedang berada di rumah orang lain dan bukannya rumah sendiri. Penting untuk tetapkan perkara ini di dalam kepada sebelum berkunjung ke rumah orang supaya kita sentiasa dalam keadaan yang bersedia dan tidak keterlaluan walaupun di rumah adik-beradik sendiri.

2. Jangan masuk ke dalam bilik tuan rumah tanpa kebenaran. Bilik tuan rumah ialah satu tempat yang paling tidak patut untuk dimasuki kerana di dalam bilik selalunya ada barang-barang sulit dan segala benda yang tuan rumah tidak mahu tetamu tahu. Kat dalam tu la ada pakaian dalam, tuala, baju kotor, barang-barang yang tak sempat dikemas, katil tempat tuan rumah beradu dan barang-barang berharga yang lain. Ini untuk mengelakkan tuan rumah malu dan kebarangkalian lain yang tidak baik.

3. Jangan buka peti ais tuan rumah macam rumah sendiri. Ini juga satu hak milik peribadi tuan rumah. Dalam tu la ada makanan, minuman, lauk pauk semalam, kelmarin dan lain-lain lagi yang tuan rumah tak nak tetamu lihat. Kadang-kala peti ais tu pun dalam keadaan yang tidak terlalu bersih, jadi bahan umpatan tetamu pula. Kan tidak elok begitu?

4. Anak-anak adalah tanggungjawab ibu-bapa. Pusing la macam mana pun, anak ramai ke, tak nampak ke, tak perasan ke, tidak boleh dijadikan alasan. Apa juga yang anak anda lakukan adalah tanggungjawab anda sebagai ibu-bapanya. Anak yang kecil tidak boleh dipersalahkan kerana mereka ada yang belum boleh berfikir dengan matang lagi, tetapi ibu-bapanya boleh. Perlu ada rasa tanggungjawab dan perlu dipertanggungjawabkan sepenuhnya.


5. Jika ada yang rosak atau yang pecah, jangan lari dari tanggungjawab. Ganti, bayar dan minta maaf serta pujuk tuan rumah sebaik mungkin. Yang rosak dan yang pecah itu adalah hak milik serta harta tuan rumah. Kita tidak tahu nilai barang itu bagi tuan rumah. Mungkin ianya satu kenangan yang tidak mungkin dapat dikembalikan lagi. Perlu rendah diri dan minta maaf secara bersungguh-sungguh. Kita telah ambil sesuatu dari kehidupan mereka. Tolong faham.

6. Apabila tuan rumah menegur, dengar dan jangan marah atau terasa. Selalunya tuan rumah akan lebih peka dengan barang-barangnya sendiri berbanding orang yang menziarahi. Jika tuan rumah tegur anak kita supaya jangan melompat-lompat di sofa, tak kira la sofa tu harga RM15,000 atau RM500, cegah terus anak itu. Jangan sekadar melihat je, jangan sekadar memberi alasan yang anak itu "budak, biasalah main-main". Dan yang paling penting ialah jangan sentap pulak. Orang tegur supaya tak jadi perkara yang tak elok. Jangan kita pulak sentap, siap perli tuan rumah lagi. Memang sangat menyakitkan hati perangai sebegini.

7. Jangan nak komen sangat pasal rumah orang. Deko tak kena la, warna terlalu garang la, rumah panas la, penat duduk bawah la, makanan tak sedap la. Apa yang kita minat, apa yang kita suka tak semestinya sama dengan pemikiran orang lain. Manusia ni diciptakan berbeza-beza. Ada orang suka merah, ada yang suka kuning. Rumah dia, biarlah dia nak warna pink pun peti ais dia. Kita tak perlu nak sibuk sangat. Hahaha..


8. Bagitau dulu sebelum nak datang. Walaupun sekarang musim hari raya, tak semua orang sentiasa bersedia dan tak semua orang mampu menyambut tetamu sepanjang masa. Keadaan dan situasi orang kita tak tahu. Tak boleh gunakan alasan "Aku nak ziarah, bukan nak tengok sofa kau". Kena faham yang setiap keluarga perlu jaga aib mereka. Anda mungkin rasa tiada masalah, tetapi mereka malu.

9. Kita kenal keluarga kita sendiri. Jika kita ada anak yang hebat, kita kena kawal sentiasa. Bersedia dari awal, nasihat anak dari awal. Kalau yang jenis tak makan saman tu, peganglah awal-awal. Jangan biarkan mereka bebas usik sana sini, pegang itu ini, lompat situ sini. Tuan rumah tak semestinya faham anak kita. Kita yang kena bersedia dahulu.

10. Jangan duduk lama-lama sangat. Dari Zuhur sampai ke Maghrib ada lagi. Tuan rumah nak melayan orang lain juga. Datang untuk ziarah, bukan untuk jadikan macam homestay sampaikan tetamu lain dah ingat anda ni duduk kat rumah tu dah. Satu cara paling mudah nak tahu bila dah sampainya masa untuk beredar ialah apabila tuan rumah dah takde cerita nak berborak dengan anda. Bila keadaan tu dah senyap, bila dah selesai makan, pandai-pandailah beransur ye. Tapi kalau anda dari jauh, lain ceritanya. Mungkin nak tumpang solat dan lain-lain.


11. Jangan terlalu santai di rumah orang. Sofa orang tu ada satu je, tapi kita boleh pulak baring melintang sampai orang lain pun tak boleh nak duduk. Bantal kat sofa tu pun untuk hiasan sebenarnya, bukan untuk baring tidur. Perabot tuan rumah pun jangan la kita jadi pakar deko nak ubah sana sini pulak tau.

12. Gunakan tandas dengan berhemah. Kalau terpaksa guna untuk yang tak tahan nak memerut tu, bersihkanlah sebersih boleh. Mati tak bernafas orang yang nak guna lepas tu. Dan jangan lupa juga, lepas guna tu tutup pintu dan padamkan lampu. Oh, berus gigi tuan rumah jangan pakai tau. Hahahaha.. Kerja gila..

13. Kalau tuan rumah ada binatang peliharaan, tolong la jaga anak dan jaga diri sendiri. Paling utama kena tahu kebersihan diri sendiri. Kebersihan binatang peliharaan tu pun kena tahu jugak. Perkara ini boleh membahayakan diri dan binatang kesayangan tuan rumah itu juga. Kalau anak kita lasak, tolong la jaga. Ingat kan kes kucing mati sebab tetamu tu? Kesian sungguh kan? Harap tidak berulang lagi.

14. Jangan makan sampai pecah perut. Berpada-padalah terutamanya makan kuih raya tuan rumah. Jangan samakan dengan makan nasik. Habis sebalang kuih orang tu. Orang lain nak makan pun terpaksa tambah. Akhirnya dia jugak yang menghadap lagi. Hahaha.. Masalah sungguh.
________________________


Benda ni nampak mudah dan sepatutnya semua orang boleh faham kan? Percayalah yang tak semua orang faham. Ada je yang rasa benda ni tak perlu ambil tahu.

Semoga senarai ini dapat dijadikan panduan buat semua. Semoga tiada lagi kes-kes yang tidak baik terjadi. Musim perayaan ini kita sambutlah dengan kegembiraan dan bukannya bermasam muka. Boleh?

Kongsikan panduan ini tau. Karang TV kita yang pecah, menangis tak berlagu pulak nanti. Hahaha...

Ada lagi tak panduan beraya yang perlu ditambah, jom kongsi bersama.

Jemput follow saya di Facebook 👉 Akhtar Syamir. Saya selalu menulis mengenai kekeluargaan, hubungan suami isteri dan isu semasa.

Jom join SUPERGROUP TELEGRAM saya di mana kita boleh berinteraksi dengan lebih rapat lagi.

Klik ➡️ BroOhsem Fans ⬅️

BroOhsem

Teknik Mudah Jaga Mata Untuk Para Suami


Saya suka bila berada di sebelah isteri, kemudian ada perempuan "kemungkinan" cantik lalu. Saya takkan pandang perempuan tu sampailah dia hilang dari pandangan kami. Saya siap pandang arah bertentangan kononnya tak sedar pun ada perempuan tu lalu. Buat relax je.

Bila dah lepas, saya rasa gembira dalam hati, "aku berjaya". Isteri saya ingat saya tak tahu dia akan tengok sama ada saya akan tengok ke tak? Saya boleh jamin dia sedang memerhati dan menunggu. Hahaha..

Tak kira la masa memandu ke, berjalan ke, duduk ke, memang saya peka bab ni. Ini adalah salah satu cara untuk elakkan "situasi tegang" yang sangat membazir masa dan mood.

Nanti disebabkan ini, mood yang happy boleh jadi down dan bosan. Adalah lebih baik kita hindarkan betul tak?

Kemungkinan cantik tu saya cakap begitu sebab saya nampak sekali imbas. Bila nampak saya terus tahu itu ujian saya. Benda di luar kawalan. Bukan kita yang tentukan siapa yang lalu depan kita.

Sebenarnya saya tak tahu pun isteri saya akan perhatikan saya atau tidak, tapi saya sentiasa set dalam hati saya begitu. Sebab katakanlah satu hari tiba-tiba dia betul perhatikan, pasti situasi tu jadi tak best nanti.

Kepada suami di luar sana, berhati-hatilah. Jaga mata anda sentiasa. Kalau isteri tak perhatikan kamu, Allah sentiasa memerhati.

Korang biasa tak perhatikan mata pasangan? Hehehe..

Kongsikan ye kalau rasa penulisan ringkas ini bermanfaat.

Jemput follow saya di Facebook 👉 Akhtar Syamir. Saya selalu menulis mengenai kekeluargaan, hubungan suami isteri dan isu semasa.

Jom join SUPERGROUP TELEGRAM saya di mana kita boleh berinteraksi dengan lebih rapat lagi.

Klik ➡️ BroOhsem Fans ⬅️

BroOhsem

Perkara-Perkara Dilakukan Isteri Yang Memalukan Suami


Perkara-Perkara Dilakukan Isteri Yang Memalukan Suami.

Tanpa disedari, selama ini anda mungkin memalukan suami tanpa disedari. Setiap manusia tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Termasuklah isteri.

Apabila suami malu, ianya akan terus mencalar egonya. Jangan salah faham. Ego suami atau lelaki ini perlu ada dan jika digunakan dengan baik, bakal menghasilkan seorang insan yang hebat. Sama ada seorang anak lelaki yang hebat, ketua keluarga yang hebat ataupun seorang suami yang hebat. Bukankah itu yang diimpikan semua?

Tambahan pula, jika suami itu malu, ia boleh mendatangkan marah atau pun boleh membuatkan dia memendam rasa. Kedua-dua akibat ini adalah tidak baik.

Jadi, marilah kita buka hati dan melihat apakah perkara-perkara yang dilakukan isteri yang memalukan suami dalam sedar atau tanpa disedari.

1. Meninggikan suara kepada suami.

➡️ Boleh dikatakan satu tindakan yang "paling pantang" dilakukan isteri. Ia bakal menyentap terus jiwa raga suami dan kesannya sangat tidak baik. Kebarangkalian besar, akan ada tindakbalas secara lisan di mana ianya bakal menjadi pergaduhan. Atau suami itu menyimpan kebencian itu di dalam hati. Ini lebih mendatangkan masalah kerana ianya bakal meletup bila-bila masa sahaja.

Satu lagi masalah apabila kebencian itu sentiasa ada dan menyebabkan suami tidak lagi ikhlas dalam membuat semua perkara dengan isteri. Jangan ingat suami tidak ingat, seorang suami akan sentiasa ingat perkara yang menyakitkan hatinya.

2. Meninggikan suara kepada suami di hadapan orang lain.

➡️ Nampak sama seperti di atas, sebenarnya amat berbeza kerana kesannya berganda-ganda. Suami akan malu bukan sahaja dengan dirinya malah dengan orang sekitarnya. Jadi, ia akan bertukar kepada kemarahan dalaman yang membuak-buak. Kebencian terhadap isteri akan berlipat kali ganda. Hatinya akan sakit dan kecewa kerana isterinya telah memalukan dia di hadapan orang. Dia akan terus memikirkan tanggapan orang lain terhadap dirinya, "lemah, takut bini" dan sebagainya.


3. Memperlekehkan suami.

➡️ Sama ada di hadapan orang lain, mahu pun apabila bersendirian, jangan memperlekehkan suami anda dan merendah-rendahkan dia atau keupayaan dia. Suami akan merasa malu dan sangat kecewa.

4. Menunjukkan kuasa di hadapan orang lain.

➡️ Kadang-kala ada jenis suami yang tahap toleransinya tinggi. Dia selalu memberi kuasa terhadap isterinya untuk menentukan banyak perkara. Namun begitu, isteri tidak patut berbangga dan menunjukkan kuasanya di hadapan orang lain. Contohnya jika ada saudara mara datang ke rumah, si isteri akan bertanya kepada suami di hadapan keluarganya, "baju dah basuh ke? Tadi kan I suruh U buang sampah? Kenapa tak buat lagi?". Soalan itu jika berdua mungkin tidak apa. Tetapi bila di harapan orang lain, memang akan memalukan suami.

5. Bercerita keburukan suami dengan orang lain.

➡️ Sama ada di alam realiti atau media sosial, jangan sekali-kali memburukkan suami dengan orang lain. Pastinya akan memalukan suami itu. Tidak kira betapa teruknya suami itu, jangan diceritakan kepada semua orang. Jika dengan niat untuk mendapatkan nasihat secara peribadi dari orang yang ahli, itu lain kategorinya dan perlu dibuat tanpa pengetahuan orang lain.

6. Cabar mencabar suami di hadapan orang.

➡️ Mungkin ada ketikanya isteri sangat marah kepada suami sehingga berani mencabarnya di hadapan orang lain. Ini satu tindakan yang tidak baik dan bakal menjadi buruk. Jika suami itu terlalu malu, besar kemungkinan dia akan mengikut amarahnya. Ada peribahasa dalam English menyatakan "Be careful what you wish for, you might get it". Berhati-hatilah apabila mengharapkan sesuatu, anda mungkin akan betul-betul dapat apa yang dihajati. Ini selalunya digunakan terhadap hajat atau cabaran yang tidak baik.



7. Tidak mengendahkan atau melayan suami di hadapan orang lain.

➡️ Nampak seperti biasa sahaja kan? Tapi saya bagi satu senario. Apabila di hadapan mertua, isteri tidak melayan suaminya makan. Dibiarkan suami melayan diri tanpa dipedulikan. Jangan salah faham, jika si isteri sedang sibuk itu lainlah, contohnya kena uruskan anak atau perkara lain. Tetapi sekurang-kurangnya beritahu "abang makanlah dulu ye, sayang nak susukan anak dulu". Ini jauh lebih baik dari membiarkan sahaja. Jangan sampai keluar soalan-soalan dari mak ayah suami sendiri tentang kenapa isteri tak makan sama, kenapa isteri tak layan dan lain-lain. Ia memang amat memalukan.

8. Membanding-bandingkan suami dengan orang lain.

➡️ Setiap manusia ada kebaikan dan kelemahan masing-masing. Tidak perlu membanding-bandingkan suami anda. Jika dia tidak seperti yang anda impikan, berusahalah bersama. Mungkin dia perlukan dorongan isterinya dan bukannya perbandingan dengan orang lain.

9. Tag suami di post yang negatif atau tag suami di post positif tetapi dengan cara yang tidak baik.

➡️ Tag itu tak salah. Cara tag dan di mana ianya ditag itu yang selalunya tersilap. Contohnya post "10 tanda lelaki curang". Si isteri tag si suami dengan perkataan "nah, hadam telan sedut hisap dan serap dalam-dalam !" Sudah tentunya suami itu akan malu kerana masalahnya telah diketahui orang ramai. Tak perlu pun tag di situ. Walaupun sebenarnya tak ramai yang peduli pasal orang yang ditag tu, cuma, jika ada yang mengenali, ianya bakal memalukan. Cara tag yang lebih baik ialah dengan hanya tag di post yang positif dan membawa kebaikan sahaja DAN beserta ayat yang seakan memujuk. "Sayang, jom kita tambah ilmu rumahtangga" atau "kita buat sama-sama nak?". Ini gunanya supaya orang tidak berprasangka.

10. Tidak menjaga tingkah laku.

➡️ "Bini siapa tu? Mulut macam tempayan". Ini satu contoh apa yang dibuat isteri, tempiasnya adalah pada suami. Jika di media sosial, sering meroyan di post sendiri dan post orang lain, sudah tentulah orang akan kasihankan suaminya atau beranggapan suaminya tidak mengajar si isteri. Di dunia realiti pun sama, jagalah tingkah laku anda supaya anda tidak memalukan suami sendiri. Percaya atau tidak, anda diperhatikan.


11. Tidak menjaga penampilan suami.

➡️ Ini selalu orang pandang remeh. Si isteri bersiap sejam paling kurang. Tapi suaminya selekeh, baju seluar tak bergosok, rambut berserabut, misai janggut bersepah, ketiaknya tengik, gigi pun kuning semacam.

Bukan salahkan isteri tak bersihkan suami, tetapi tidak menegur dan menekankan betapa pentingnya menjaga penampilan. Tak suruh jadi pasangan hebat macam artis, cukup sekadar nampak terurus sahaja. Betul, memang ada lelaki yang tak kisahkan langsung bab ini atau tidak pandai nak menyemat, tapi di sinilah datangnya peranan isteri untuk membuatkan suaminya nampak baik dan kemas. Memang ada juga yang jenis tak reti langsung nak kemas, memang semulajadinya jenis tak pandai.. Percayalah, kadang-kala suami malu nak berdiri sebelah isterinya yang cantik bak bidadari.

Bila saya menulis mengenai satu topik, tidak semestinya saya tidak mengendahkan topik yang lain. Jadi janganlah beri ayat "macam mana pulak dengan suami yang memalukan isteri?". Sudah tentulah saya akan persembahkan di dalam penulisan akan datang. In Shaa Allah.

Saya sertakan sekali bagaimana untuk elakkan dari memalukan suami.

↪ Tegur di belakang jika ada yang perlu ditegur.
↪ Peka dengan penampilan suami.
↪ Cakap dengan tenang baik tanpa perlu meninggi suara.
↪ Persembahkan cara memperbaiki tanpa menyebut nama orang lain.
↪ Mengalah bila perlu. Gunakan teknik tarik tali. Gunakan kelembutan apabila ingin menyampaikan sesuatu.
↪ Sayangi suami dengan sepenuh hati.

Belailah ego lelaki dengan baik supaya dapat digunakan untuk kebaikan si isteri.

Semoga dengan pencerahan ini dapatlah para isteri lihat kembali jika ada perkara yang telah dibuat dalam sedar atau tidak.


Jadilah isteri yang menjaga hati suami. Jika anda sebagai isteri mahukan layanan bak Permaisuri, layanlah suamimu seperti Raja. Anda pasti tidak akan menyesalinya.

Jika ada tambahan dari apa yang telah saya tulis, sila utarakan di komen. Apa yang saya harapkan ialah kita berbincang dengan baik dan bersama-sama meningkatkan kualiti perhubungan sesama pasangan.

Silakan SHARE penulisan ini supaya kebaikan ini dapat disebarkan seluas-luasnya.

Jemput follow saya di Facebook 👉 Akhtar Syamir. Saya selalu menulis mengenai kekeluargaan, hubungan suami isteri dan isu semasa.

Jom join SUPERGROUP TELEGRAM saya di mana kita boleh berinteraksi dengan lebih rapat lagi.

Klik ➡️ BroOhsem Fans ⬅️

BroOhsem

KELEBIHAN MANDI BERSAMA BAGI PASANGAN SUAMI ISTERI


Kelebihan mandi bersama bagi pasangan suami isteri.

Jika anda rasa ini tidak perlu dibincangkan dan keterlaluan, sila tekan butang back.

Ilmu rumahtangga ini hanya untuk pasangan suami isteri yang sah. Ilmu ini sangat bernilai dan jarang dibincangkan. Inilah sebabnya saya terpanggil untuk membuat penulisan berkenaan dengan hal ini kerana ianya amat baik. Sila tinggalkan pandangan negatif anda ke tepi dan buka hati serta minda untuk menerima ilmu ini.

Kelebihan mandi bersama bagi pasangan suami isteri.

1. Membantu pasangan membina kepercayaan.

➡️ Apabila berdiri di hadapan orang yang anda cintai tanpa seurat benang pun, tiada apa lagi yang diselindungkan. Di sinilah saatnya anda menjadi semakin percaya dengan pasangan anda dan pasangan terhadap anda juga.

2. Membina keyakinan.

➡️ Setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan terutamanya dari segi fizikal. Keyakinan diri akan meningkat sangat tinggi apabila pasangan anda membuktikan yang dia menerima anda seadanya semasa mandi bersama.

3. Membina komunikasi yang harmoni.

➡️ Komunikasi sesama pasangan suami isteri tidak terhad kepada lisan sahaja. Segala gerak tubuh dan sentuhan menjadi satu "percakapan" yang difahami. Apabila komunikasi berjaya terjalin hanya melalui sentuhan, tahap komunikasi perhubungan anda sebenarnya telah berada di tempat yang lebih tinggi lagi.

4. Menjadikan pasangan gembira.

➡️ Jadikan ianya saat yang indah. Apa yang dilakukan ini halal. Di hadapan anda itu pasangan yang sah. Anda miliknya dan dia milik anda. Bergembiralah, raikan saat indah ini bersama. Tiada siapa yang berhak menghalangnya. Ia pasti akan menggembirakan.


5. Meruntuhkan dinding pemisah antara pasangan.

➡️ Jika dahulunya pasangan masih malu, mandi bersama bakal meruntuhkan dinding pemisah antara pasangan. Selepas disatukan dengan ikatan perkahwinan, yang dua itu perlu menjadi satu. Tidak perlu malu lagi dan mandi bersama ini sangat-sangat membantu menghilangkan perasaan malu itu.

6. Menambah nilai romantik dalam perhubungan.

➡️ Romantik ialah suatu sifat dan perkara yang boleh dibina. Sekeras-keras manusia, pasti ada titik lembutnya. Mandi bersama dapat menyumbang kepada perhubungan yang lebih romantik.

7. Membuatkan pasangan tenang.

➡️ Jika fikiran sentiasa berserabut, mandi bersama dapat menenangkan hati dan jiwa. Jadikan sesi itu satu proses terapi yang lembut dan perlahan. Ia pasti menenangkan.

8. Mengurangkan tekanan.

➡️ Lepaskan segala tekanan dunia sama ada di tempat kerja atau di rumah dengan mandi bersama. Ketenangan yang dicapai bakal mengurangkan segala tekanan yang ada. Hasilnya sangat positif.

9. Merapatkan hubungan dan meningkatkan keintiman.

➡️ Pernah terfikir yang perhubungan anda semakin lama semakin renggang? Cubalah mandi bersama. Ia bakal merapatkan kembali perhubungan anda dengan meningkatkan keintiman bersama. Biarkan kenangan cinta itu kembali mekar dan hangat.

10. Boleh membersihkan pasangan dengan lebih baik.

➡️ Ini salah satu kelebihan yang sangat berguna. Pasti ada bahagian di badan yang sukar untuk dicapai dan dibersihkan dengan sempurna. Sudah tentu tempat yang sukar dicapai itu jarang kita lihat sendiri. Pasangan boleh memainkan peranan dengan membersihkannya. Ini termasuklah ketika anda membersihkan rambutnya. Si dia pasti menghargainya.

11. Sangat baik untuk perbualan peribadi.

➡️ Di dalam bilik mandi juga sesuai untuk perbualan yang bersifat peribadi dan tidak sesuai diperkatakan di luar. Pada sesi inilah ianya boleh diperkatakan dan dibincangkan.

12. Boleh dijadikan satu temujanji yang sempurna.

➡️ Kenapa tidak? Jika mandi bersama dijadikan dan dianggap sebagai satu temujanji yang hangat, apa salahnya? Jadikan ia satu pertemuan bersama yang sempurna tanpa ada sebarang halangan.

13. Ianya sangat menyeronokkan.

➡️ Jika ditambah dengan gurau senda, anda dan pasangan bakal menjadikan sesi mandi bersama ini satu aktiviti yang menyeronokkan. Malah mungkin boleh dijadikan satu perkara yang suka dibuat berulang-ulang kali.

14. Saat yang terbaik untuk nakal dengan pasangan.

➡️ Jangan nakal di luar dengan orang lain, jadilah seorang yang nakal dengan pasangan semasa mandi. Realisasikan segala imaginasi supaya fokus anda kekal tertumpu pada pasangan sendiri sahaja.

15. Sangat mengghairahkan.

➡️ Mandi bersama boleh menjadikan anda dan pasangan amat mengghairahkan. Ini sangat penting dalam mendorong semangat kecintaan yang sangat tinggi. Gunakanlah kelebihan situasi ini sepenuhnya bersama pasangan.


Jika anda sudah baca sehingga ke baris ini, pastinya anda terdetik untuk mencuba. Di sini saya sertakan juga beberapa tip persediaan untuk mandi bersama pasangan.

↪ Pastikan tandas sentiasa bersih. Letakkan wangian jika mahu. Ia sangat membantu.

↪ Berhenti jadikan anak sebagai alasan. Anda berdua sudah dewasa, ikhtiarlah supaya anda berdua tidak diganggu.

↪ Rancang jika perlu. Kadang-kala masa dan kerja membatasi, rancanglah terlebih dahulu. Bina keseronokan dengan mengingatkan pasangan sementara hari itu tiba.

↪ Jika ini kali pertama, jangan tertekan. Anggaplah ia sesi yang sangat gembira dan bakal menjadikan hubungan anda lebih baik dari sekarang.

Amaran.

Kelebihan mandi bersama ini besar kemungkinan akan menjadi permulaan kepada hubungan bersama. Sila berhati-hati kerana keadaan mungkin akan menjadi licin. Keselamatan amat perlu diutamakan.

Semoga perkongsian berharga ini bakal mendetikkan niat dan membuatkan anda lebih bahagia bersama pasangan. Jika hubungan suami isteri itu membahagiakan, sudah tentunya keluarga akan menjadi lebih ceria.

Apa pendapat anda mengenai topik ini? Setuju dengan kelebihan-kelebihan dia? Kongsikan pendapat anda di komen.

Jangan segan untuk SHARE penulisan ini bermanfaat ini.

Jemput follow saya di Facebook 👉 Akhtar Syamir. Saya selalu menulis mengenai kekeluargaan, hubungan suami isteri dan isu semasa.

Jom join SUPERGROUP TELEGRAM saya di mana kita boleh berinteraksi dengan lebih rapat lagi.

Klik ➡️ BroOhsem Fans ⬅️

BroOhsem

MENUNAIKAN NAFKAH BATIN DI SALON.


Menunaikan nafkah batin buat isteri. Lagi 45 minit untuk pergi kerja dan saya masih di sini. Di dalam kereta bersama Akbar dan Daisy. Akbar duduk di belakang, bermain dan Daisy yang tadinya tidur, sudah mula tersengih-sengih. Isteri saya Nora Azni sedang berada di dalam Salun sambil ditemani anak sulung kami, Jasmine.

"Nafkah batin apa kau merepek ni?". Soalan yang bakal terpancar di benak hati lelaki berstatus suami yang hanya ingat nafkah batin itu hanyalah seks semata-mata.

Definisi Batin : 1. (dlm) hati, perasaan dlm hati
http://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=batin ).

Menunaikan, memberi, merealisasikan, melayan apa yang tersimpan di dalam hati isteri boleh dikatakan amat tepat untuk menghuraikan maksud menunaikan nafkah batin.

Itu je? Seksnya mana? Seks hanya salah satu dari perasaan di dalam hati isteri. Jangan angkat dia sebagai yang paling utama sedangkan di dalam hati dan perasaan isteri ini ada banyak lagi. Inilah kesilapan yang kita perlu sedar dan betulkan.

Kenapa ke Salun ini menjadi nafkah batin? Kerana sebagai suami, kita harus mendengar hati kecil isteri. Bangun dari tidur tadi isteri saya cakap dia nak gunting rambut. Saya bertanyakan kepastian dia dan dia cakap betul, dia nak gunting rambut. Saya terus setuju dan dalam 30 minit, kami sudah dalam kereta menuju ke Salun.


Kenapa saya tak fikir panjang? Sebab dia dah bagitau banyak kali dah secara tidak langsung. Dari menunjukkan rambut yang gugur, hujung rambut yang rosak dan lain-lain cara lagi. Bermakna, benda ni telah lama bermain di fikirannya. Kita hanya perlu buka mata dan dengar.

Mula-mula dia hanya nak potong dan cuci. Saya minta dia buat treatment sekali. Kena ingat ya, rambut wanita ini terutamanya yang panjang, kena buat treatment. Penjagaan dia tak sama macam rambut lelaki yang pendek. Jadi saya berharap sangat jangan ada orang pandang remeh bab ni.

Tak sempat kot katanya nak buat treatment sekali. Takpelah kalau macam tu. Kami bertiga pun tunggu dalam kereta sambil layan Cocomelon di Youtube. Hampir sejam berlalu, saya pasti yang dia dapat buat treatment sekali. Seketika kemudian, mereka berdua pun keluar dari Salun dengan penuh senyuman.

Itu sudah cukup buat saya rasa berbaloi menunaikan nafkah batin buat si dia. Isteri yang senyum manis adalah isteri yang gembira. Dan isteri yang gembira bakal membuatkan keluarga yang gembira. Kena percaya ayat ini.

Alhamdulillah, semasa dalam perjalanan pulang, hampir kesemua lampu isyarat lampunya hijau dan saya pun tidak lewat ke tempat kerja. Sangat dipermudahkan.

Jadi, adakah membawa isteri ke Salun termasuk dalam memberi atau menunaikan nafkah batin buat isteri? Sudah semestinya ya.


Tak sampai seratus pun. Setahun sekali pun takpe. Boleh buat kat Salun mesra Muslimah macam ni. Siap ada bilik yang bertutup khas, buat yang bertudung.

Semoga dapat mendetikkan niat dan memberi manfaat. Silalah berkongsi penulisan ini supaya lebih ramai yang sedar bahawa nafkah batin itu bukan hanya seks semata-mata.

Soalan buat si isteri, bila kali terakhir anda buat treatment? Jika ada, boleh kongsi buat kat mana?

Buat si suami, jika tak pernah dengar pasal treatment rambut, bawa isteri anda ke Salun terus. Mereka amat memerlukannya.

Jemput follow saya di Facebook 👉 Akhtar Syamir. Saya selalu menulis mengenai kekeluargaan, hubungan suami isteri dan isu semasa.

Jom join SUPERGROUP TELEGRAM saya di mana kita boleh berinteraksi dengan lebih rapat lagi.

Klik ➡️ BroOhsem Fans ⬅️

BroOhsem