ISTERI, BERHENTILAH DITIPU SUAMI YANG CURANG


Isteri, berhentilah ditipu suami.

Saya tak faham kenapa isteri yang dah ditipu berkali - kali ini masih lagi setia tak bertempat? Baru - baru ini kecoh lagi pasal penyanyi lelaki tu.

Curang ini adalah penyakit. Ia bukanlah satu kesilapan, tetapi ianya adalah kesalahan. Pilihan itu dibuat tuan empunya badan, bukan tanpa disengajakan.

Bukan tiba - tiba boleh terus menjalinkan hubungan dengan orang lain. Bukan tiba - tiba boleh mesej tanya khabar bersayang - sayang bagai. Bukan tiba - tiba boleh keluar bersama. Bukan tiba - tiba boleh terlanjur.

Jangan salahkan "bertepuk sebelah tangan tak jadi". Habis sibuk nak tarik rambut orang lain sedangkan suami sendiri yang menggatal. Orang yang nak ditarik rambut tu hanya sekadar pelengkap je kepada kecurangan, kalau suami sendiri tidak sengaja mencari cinta lain, memang takkan jadi apa - apa. Kalau bukan dengan dia, dengan orang lain dia akan buat.

Masalah besarnya ialah bila benda yang sama berulang - ulang. Dari sini kita dah tahu yang dia tidak mahu berubah. Anda di rumah sibuk menjaga anak, suami sibuk melayan perempuan lain. Kalau dia betul - betul mahu berubah, dia pasti tidak akan ulanginya lagi.


Ini semua terjadi bila privacy disalahertikan. Nak sangat beri privacy kepada suami. Hormat kononnya. Sedangkan sepatutnya selepas berkahwin itu, privacy peribadi sepatutnya sudah jadi privacy bersama. Bukan dikekalkan lagi seperti sebelum berkahwin.

Sekali lagi saya tekankan. Jika suami anda tidak beri anda lihat telefon dia, pasti ada yang dirahsiakannya. Sama juga dengan isteri. Dan sekali lagi saya tekankan, isteri yang tidak mahu melihat aktiviti suami di telefonnya adalah orang yang sentiasa takut dan menipu diri sendiri. Akhirnya, telan sahaja pahit itu sampai ke tua. Nanti bila dah tua, lagi tiada pilihan lain selain menjadi orang yang tidak sepenting dahulu.

Jadilah isteri yang bijak. Jangan letak diri anda di tempat yang bakal menjadikan diri anda tidak bermakna.

Jangan yakin sangat dengan "sixth sense" seorang isteri kononnya boleh hidu itu ini. Anda tidak tahu selicik mana suami anda sebenarnya. Berhentilah kena tipu. Ambil tahu apa yang suami anda lakukan. Cegah sebelum terlambat.

Ada dua situasi ini, cuba anda pilih.

Situasi 1 : Anda tahu suami telah mula menggatal, anda marah dia dan warning supaya jangan perkara itu berulang lagi serta sama - sama perbaiki hubungan sedia ada.

Atau

Situasi 2 : Anda hanya tahu mengenai bini kedua suami setelah kelahiran anak ketiga madu anda.

Apa pilihan anda? Mencegah sememangnya lebih baik dari merawat. Hati yang dah dikelar pasti akan meninggalkan kesan. Hubungan pasti tidak akan sebaik dahulu.


Jika suami jenis yang memang tidak mahu berubah, dah kantoi 3, 4 kali dah pun, jangan berdiam diri. Sila ke pejabat Agama secepat mungkin. Dapatkan bantuan mereka yang arif dalam hal ini. Sampai bila anda nak hidup dalam penipuan? Mudah sahaja ditipu suami sendiri dan menipu diri sendiri. Anda tidak bahagia sebenarnya. Berhenti kata pada diri sendiri yang anda bahagia sedangkan suami sedang asyik melayan perempuan lain.

Sedarlah sebelum terlambat. Cegahlah sebelum terlewat.

Semoga penulisan ini dapat membuka mata isteri yang dibuli suami yang curang ini. Kongsilah penulisan ini, saya yakin ramai yang sedang menjadi mangsa.

Jemput follow saya di Facebook 👉 Akhtar Syamir. Saya selalu menulis mengenai kekeluargaan, hubungan suami isteri dan isu semasa.

Jom join SUPERGROUP TELEGRAM saya di mana kita boleh berinteraksi dengan lebih rapat lagi.

Klik ➡️ BroOhsem Fans ⬅️

BroOhsem

MENJADI SUAMI TERBAIK DI HADAPAN KELUARGA ISTERI


Bukan hipokrit, tetapi mengesahkan pemilihan anak mereka itu satu pilihan yang tepat. Ini sentiasa bermain di fikiran saya apabila berada di kalangan ipar duai dan mertua.

Saya nak tanggapan yang baik itu. Saya mahukan isteri saya nampak berjaya di mata keluarganya kerana mempunyai suami yang hebat.

Suami yang hebat ini bukan untuk berbangga-bangga atau perasan, jauh sekali untuk berlagak bagus. Suami yang hebat ialah suami yang membuatkan isterinya nampak hebat.

Bagaimana? Dengan mendahulukan dan mengutamakan isteri terutamanya apabila berada bersama keluarganya.


Pertama, apabila waktu makan tiba, utamakan isteri supaya dia dapat makan bersama keluarganya. Tak salah jika si suami jaga dulu anak yang kecil. Bukan selalu mereka dapat makan bersama.

Satu lagi cara membuatkan isteri nampak hebat ialah dengan menjadi ipar dan menantu yang baik. Pergaulan yang baik dengan mertua dan adik beradik isteri sepatutnya menjadi keutamaan yang paling tinggi.

Kita masuk tempat orang, kita kena bagi orang selesa dengan kita. Jangan jadi seperti pencuri, mengambil sesuatu dari tempat orang dan berlagak seperti orang asing dengan tidak menyesuaikan diri dengan keluarga isteri.

Tanya sepatah, jawabnya sepatah. Muka nak senyum pun susah. Memang nampak seperti si suami tidak mahu berada di situ. Ini antara benda yang sering orang buat tanpa mereka sedari. Saya nampak dengan mata saya sendiri. Pastinya suami itu akan mendapat tanggapan yang tidak baik.


Ketiga, menonjolkan kemesraan dengan isteri. Bukan untuk menunjuk-nunjuk, tetapi untuk mereka tahu yang anak atau adik kakak mereka sedang gembira dan dijaga dengan baik oleh kita.

Keempat, dari segi fizikal isteri. Cantikkan dia. Jaga pemakaian dan rupa parasnya. Kalau boleh, isteri nampak lebih cantik berbanding saat pertama kita ambil dia dari keluarganya. Tak salah jika seorang suami berbangga dengan rupa paras isterinya apabila dia berada dengan keluarganya sendiri.

Kelima, jika ada perbezaan pendapat pada waktu ketika berada bersama mereka, simpan dahulu dan berbincanglah secara baik dengan isteri sahaja tanpa pengetahuan keluarganya. Ingat, persembahkan yang terbaik sahaja. Apa sahaja yang boleh mendatangkan tanggapan yang tidak baik, selesaikanlah di belakang.

Semua ini perlu dibuat bukan sahaja untuk menonjolkan kehebatan isteri, tetapi untuk menjaga aib isteri juga. Jika suami sentiasa moody, bermasam muka, tidak mesra dan nampak tidak selesa, pastinya akan menzahirkan perasaan malu pada diri isteri di hadapan keluarganya sendiri.


Pokok pangkalnya, kita tonjolkan kebaikan yang selalu kita buat pada isteri kita kepada keluarganya. Saya percaya, si isteri akan sangat-sangat menghargainya. Hasilnya, perkara yang sama akan dibuat oleh isteri di hadapan keluarga suami pula. Bukankah itu yang terbaik?

Semoga dapat memberi inspirasi. Kongsikan ilmu ini kepada semua. Saya yakin, ramai yang memerlukan suntikan idea seperti ini. In Shaa Allah.

Jemput follow saya di Facebook 👉 Akhtar Syamir. Saya selalu menulis mengenai kekeluargaan, hubungan suami isteri dan isu semasa.

Jom join SUPERGROUP TELEGRAM saya di mana kita boleh berinteraksi dengan lebih rapat lagi.

Klik ➡️ BroOhsem Fans ⬅️

BroOhsem

PENJAGAAN DIRI ISTERI TANGGUNGJAWAB SUAMI


Watsons ade sale sampai hari ini. Semalam kami singgah ke Aeon Taman Equine untuk melepaskan hajat isteri.

Kami bercadang supaya hanya dia dan Jasmine sahaja yang masuk. Saya jaga Daisy dan Akbar di dalam kereta.

Sebelum mereka keluar, saya tanya, "You nak cash ke debit card?". Muka dia masa tu terus bersinar - sinar. Saya sendiri belum proses sepenuhnya apa yang saya cakap baru sebentar tadi, secara spontan soalan tu keluar. "Bestnya You tanya soalan macam tu" kata isteri saya.

Bila difikirkan semula, saya bukannya berduit pun. Tapi pada masa tu saya tak fikir ape. Saya rasa benda tu dah jadi keperluan rohani si dia. Rupa - rupanya saya sudah berada di dalam satu keadaan di mana saya baru sahaja menolak ke atas dan meletakkan keperluan isteri di tahap yang lebih tinggi dari sebelum ini.

Saya lihat sahaja dari cermin pandang belakang kereta sambil mereka dua beranak beredar menuju kegembiraan sambil membawa kad debit saya. Saya percaya yang dia tidak akan melebih - lebih dan membazir. Yang saya risaukan Jasmine tu yang dah pandai nak itu ini. Hahaha..


Saya percaya mereka semua adalah kunci kebahagiaan hidup saya. Sejak saya mula membuka mata, mendengar isi hati mereka dan meletakkan isteri dan anak dihadapan, hidup kami sekeluarga semakin bahagia, semakin kurang tekanan dan semakin ceria.

Dulu saya sering bertanya pada diri sendiri bagaimana nak cari rezeki lebih untuk gembirakan keluarga? Rupanya saya perlu gembirakan keluarga terlebih dahulu barulah rezeki itu datang dengan mudah.

Gembirakan isteri dan keluarga tidak semestinya memerlukan duit. Mulakan dengan masa. Beri isteri dan anak masa. Luangkan masa dengan mereka berbanding hal sendiri. Mula susun keutamaan hidup. Akhirnya nanti kita yang akan dapat manfaatnya.

Oh, sebelum terlupa. Menggembirakan isteri juga salah satu dari tanggungjawab nafkah batin. Bukan bende yang biasa disebut itu je tau. Nanti saya ulas dengan lebih lengkap mengenai nafkah batin pula.


Korang rasa penjagaan diri wanita ni penting atau tidak? Sebelum ini saya pernah juga dengar wanita sendiri kata letak bedak je dah cukup, saya bukan kaki mekap katenye. Pada pendapat saya mungkin dia pun kurang faham keperluan diri dia sebenarnya. Penjagaan diri wanita buka alat solek je. Betul tak?

Semoga dengan penulisan ini dapat mendetikkan niat, memberikan inspirasi, mencetuskan idea kepada pasangan suami isteri semua.

Kongsikan penulisan ini supaya perkara yang baik ini dapat disebarkan seluas - luasnya.

Jemput follow saya di Facebook 👉 Akhtar Syamir. Saya selalu menulis mengenai kekeluargaan, hubungan suami isteri dan isu semasa.

Jom join SUPERGROUP TELEGRAM saya di mana kita boleh berinteraksi dengan lebih rapat lagi.

Klik ➡️ BroOhsem Fans ⬅️

BroOhsem

KEPENTINGAN "ME TIME" BUAT ISTERI


"Sayang, boleh tak arinie sayang nak keluar dengan Kak Risz dan Ana? Anak - anak sayang bawak sekali, Ana pun bawak Aiman."

Belum sempat dia sambung, saya dah cakap "Boleh sayangku, jaga diri baik - baik, jaga anak - anak."

Kenapa saya terus benarkan tanpa banyak soal? Pergi mana pun tak tau, balik pukul berapa pun tak tau. Tapi main bagi je.


Kerana saya nampak nie sebagai peluang. Peluang untuk beri isteri saya dapat sedikit sebanyak "ME TIME" yang boleh. Saya sedang bekerja, jika tidak saya sendiri akan jagakan anak - anak untuk dia. Lagipun saya kenal dengan ipar - ipar Isteri saya tu.

Apa sebenarnya "ME TIME" nie ye?

"ME TIME" ialah situasi di mana pasangan kita mendapat masa terluangnya SENDIRI dan dia bebas melakukan apa yang dia mahukan. Terpulang jika dia nak bawak anak ke tak nak. Pilihan terletak di tangan Isteri tetapi mengikut kesesuaian keadaan jugak. Kalau suami tengah bekerja macam mana nak tolong jagakan anak ye tak?

Sehebat mana pun kita biasa dengar pasal QUEEN CONTROL, sebenarnya kes di mana Isteri tidak mempunyai kuasa untuk bersuara atau menentukan apa - apa dalam hidup adalah amat banyak. Cuma kita je yang tak tau sebab Isteri yang diperlakukan sebegini jarang berkongsi kerana tidak mahu mengaibkan suami dan dirinya sendiri.


Senario seperti, suri rumah atau Isteri yang bekerja tidak boleh melakukan aktiviti lain selain mengemas rumah, memasak serta menguruskan suami dan anak sahaja. Sebaliknya suami bebas mempunyai masanya sendiri seperti berjumpa kawan, memancing, berkonvoi kenderaan, bersukan sendiri di gym dan hobi - hobi yang lain sambil meninggalkan Isteri di rumah setia menanti cinta hatinya pulang dari "ME TIME" mereka.

Soalan seperti "Abang boleh, kenapa sayang tak boleh? Sayang pun nak keluar dengan kawan / ipar / adik beradik jugak" bakal disangkal dengan perkataan "awak tu isteri orang, anak pun dah berderet, duduk rumah jaga anak je, itu tanggungjawab awak, nak keluar buat apa"?

Amatlah kasihan apabila terjadi perkara sebegini di mana pasangan menutup rapat mata dan telinga tentang betapa pentingnya "ME TIME" buat Isteri.

Kenapa ianya penting? Kerana kita sebagai suami belum tentu mampu buat apa yang Isteri kita buat SETIAP HARI.

Jangan bohong jika ada suami berbangga berkata mereka boleh menggantikan SEMUA tugas Isteri. Sehari mungkin, dua hari dah mengeluh, seminggu dah tension, sebulan dah naik gila. Memang tersangat penat. Kita kadang - kadang nampak senang kerana mereka hebat dan cekap dalam membuat kerja - kerja tu. Ambil contoh basuh berak anak je. Bukan semua lelaki mampu. Itu tak masuk bab bagi makan anak. Kalau anak tak nak makan, terus kita biarkan je. Sedangkan kalau Isteri yang bagi, mesti dipaksanya habis sepinggan.


Salah satu komponen dalam "ME TIME" ialah rehat. Isteri kita perlukan rehat. Penat weh jadi suri rumah sepenuh masa. Penat jugak menjadi suri rumah DAN bekerja. Bagilah mereka rehat jugak. Mungkin ada yang kata "saya tak perlukan ME TIME, saya nak spend masa dengan anak dan suami je". Bagus juga begini, tapi itu pilihan anda. Keluarga kita, kita corakkan BERSAMA. Bukan dari suami sahaja.

Komponen lain dalam "ME TIME" ialah bersosial. Bila dengar perkataan nie saya jamin ramai suami yang dah mula marah. Bersosial tidak salah. Jika perkara buruk terjadi dari bersosial, orang tu sendiri yang perlu dipersalahkan. Bukan konsep bersosial tu. Bersosial dalam kawalan adalah amat baik di mana Isteri meluangkan masa bersama adik beradik, kawan dan ipar yang kita kenal. Mereka tersangat perlukan benda nie. Bayangkan hari - hari mengadap muka kita dan anak - anak je. Sedangkan kita pergi kerja dapat juga jumpa kawan - kawan. Janganlah pandang negatif perkara nie kerana ia amat memberi manfaat kepada Isteri kita.

Akhir sekali ialah minat dan hobi. Kita sebagai suami ada minat dan hobi kita. Ada yang minat bermotor, kereta, memancing, gym, tengok bola, futsal, bowling dan lain - lain. Kalau kita boleh, kenapa kita anggap isteri kita tak perlu semua tu? Isteri pun manusia jugak kan?

Saya bukan nak ajar macam mana nak uruskan rumah tangga. Cuma saya nak bukakan mata yang selama nie tertutup. Harap jangan salah faham dan buang ego tu jauh - jauh. Kita bukan sentiasanya betul. Termasuklah saya sendiri.


Berilah "ME TIME" kepada Isteri anda. Mereka layak dan perlukannya. Mesti mereka seronok dapat keluar bersama rakan perempuan dan buat aktiviti perempuan yang kita sendiri sebagai lelaki mungkin tidak faham. Tahan ke nak menunggu berjam - jam mereka window shopping? Belum tentu kan?

Hasilnya, anda akan hidup dalam keluarga yang harmoni, toleransi dan Isteri yang happy. Saya selalu tekankan ;

Isteri yang Happy = Keluarga yang happy.

Dan konsep "Kebebasan yang Terkawal" perlu diterapkan. Ianya umpama bermain layang - layang, bebas tetapi masih setia dengan pemegang benang.

Saya doakan semoga keluarga kita semua sentiasa bahagia sampai bila - bila.

Dan jika apa yang saya sampaikan ini bermanfaat, silakan SHARE supaya dapat juga memberi manfaat kepada orang lain. Jangan copy paste tanpa kredit tau. Kesian saye taip panjang - panjang. 😁

Jemput follow saya di Facebook 👉 Akhtar Syamir. Saya selalu menulis mengenai kekeluargaan, hubungan suami isteri dan isu semasa.

Jom join SUPERGROUP TELEGRAM saya di mana kita boleh berinteraksi dengan lebih rapat lagi.

Klik ➡️ BroOhsem Fans ⬅️

BroOhsem

Kawan Sepermainan Isteri


Tengok gambar nie. Nampak biasa je kan? Gambar selfie Nora Azni dengan kawan-kawan dia. Tapi dari gambar-gambar nie kite tak tahu betapa gembiranya dia dapat jumpa kawan sekolah dia.


Apa bezanya situasi nie dengan orang lain? Bezanya dia adalah seorang suri rumah. Apabila seseorang isteri bersetuju untuk menjadi suri rumah, ini bermakna dia sedia mengorbankan kebebasan untuk berjumpa dengan kawan - kawan. Sebelum anda rasa meluat sebab saya highlight perkara nie, cuba fikirkan sejenak.

Seorang suri rumah tidak berpeluang untuk bersosial kecuali apabila keluar bersama suami ataupun apabila dibenarkan suami. Berbeza dengan isteri yang bekerja, mereka berpeluang untuk berjumpa kawan dan lain - lain semasa pergi kerja. Perlu diingatkan saya bukan membanding - bandingkan isteri yang bekerja atau suri rumah, saya hanya membawa kehadapan situasi - situasi yang dihadapi oleh semua suri rumah.


Jadi, apabila pulang ke kampung isteri, seboleh-bolehnya berilah kebebasan kepada isteri untuk berjumpa kawan-kawan dia. Contohnya semalam semasa kami dalam kereta, dia ternampak kawannya atas moto di simpang. Walaupun dah terlepas, saya terus cuba untuk u - turn dan kejar motor tu semata-mata untuk bagi dia jumpa kawan sekolahnya. Alhamdulillah sempat jugak kejar. Terus lepak makan mee celup lagi. Hahaha.. Anak takpe biar saya pegang, saya bagi dia lepak dengan kawan-kawan kat meja lain. Baru dia selesa kan? Nampak dia dengan kawan-kawan seronok sangat dapat berjumpa. Apa yang menggembirakan hati dia, saya pun jadi turut gembira.

Jadi, kepada suami semua, bila balik kampung isteri tu, bagilah kebebasan kepada mereka. Mereka pun nak borak-borak dengan kawan-kawan lama. Bukan selalu. Dalam whatsapp lain. Kat luar lain. Mereka pun asyik terperap di rumah menguruskan kehidupan kita dan anak - anak. Apelah salahnye kan?

Jangan terkejut kalau ada suami yang tak pernah terfikir pasal perkara nie. Harap dapat membuka mata-mata yang terpejam selama nie.

Jemput follow saya di Facebook 👉 Akhtar Syamir. Saya selalu menulis mengenai kekeluargaan, hubungan suami isteri dan isu semasa.

Jom join SUPERGROUP TELEGRAM saya di mana kita boleh berinteraksi dengan lebih rapat lagi.

Klik ➡️ BroOhsem Fans ⬅️

BroOhsem

Orang mengandung memang menyusahkan ke?


Soal isteri kepada saya semalam dengan memegang erat tangan saya. Matanya merah menahan air mata dari berlinangan kerana menganggap dirinya menyusahkan saya dengan kandungannya yang sudah menghampiri 31 minggu.

Ini kerana kelmarin, beliau untuk kali ketiganya menjalani ujian BSP (Blood Sugar Profile). Jadi boleh dikatakan berkampunglah kami di klinik kesihatan untuk mengambil bacaan darah sebanyak 4 kali dalam sehari. Setelah 2 kali BSP sebelum ini mencatatkan bacaan yang baik, namun kelmarin bacaan pertama pada pukul 8 pagi menunjukkan bacaan 5.3 tahap gula dalam darah. Jika mengikut kadar biasa, bacaan itu adalah baik. Masih di bawah 6.1. Tetapi mungkin orang mengandung ini standardnya berlainan kerana 5.3 pada bacaan pertama hari ujian BSP dianggap sebagai tinggi.


Hasilnya, selepas berjumpa Doktor semalam, isteri diarahkan untuk membuat BSP sekali lagi pada hari ini. Agak mengecewakan juga kerana ujian BSP ini 4 kali. Bermakna 3 kali perlu dibuat di klinik kesihatan dan yang terakhir di klinik biasa atau farmasi. Jadi, saya perlu menemaninya lagi dua hari iaitu hari ini (BSP) dan besok untuk berjumpa Doktor sekali lagi. Bayangkan 4 hari berturut - t urut ke Klinik Kesihatan yang sememangnya penuh setiap hari.

Mungkin ternampak sedikit kekesalan di air muka saya semalam yang membuatkan isteri terfikir yang dia menyusahkan saya. Saya akui memang silap saya tertunjuk muka. Selalunya saya memang akan sorok apa jugak kepenatan dalam membantu dia. Saya tidak kesalkan bacaan gula isteri pun sebenarnya. Cuma agak stress dengan keterpaksaan berkunjung ke Klinik Kesihatan 4 hari berturut - turut. Mungkin memang tidak boleh ditangguh lagi ujian BSP itu. Kalau boleh ditunda ke minggu hadapan alangkah baiknya. Kerana 4 hari berturut - turut memang memenatkan. Tapi demi keselamatan baby, saya harus terus positif.


Sehingga hari ini saya cuba menenangkan perasaan dia. Sesungguhnya saya sedar perkara ini harus dilalui oleh kebanyakan orang yang mengandung. Tidak ada istilah menyusahkan sebenarnya. Malah saya yang patut bersyukur kerana isteri sudi bersusah payah dengan sakitnya, loyanya, muntahnya untuk kami menambah zuriat. Tidak ada apa lagi yang sepatutnya saya harapkan dari dia melainkan sentiasa cuba meringankan bebannya.


Kadang - kala saya terlihat ada ibu - ibu yang datang ke klinik kesihatan bersendirian ataupun bersama anak yang masih kecil. Terdetik juga rasa kasihan tetapi saya lebih berasa kagum dengan kekentalan mereka. Semoga semua ibu yang menjalani saat - saat ini dipermudahkan segala urusan.

Korang pernah kena buat BSP? Serik tak? Pengalaman korang macam mana?

Jemput follow saya di Facebook 👉 Akhtar Syamir. Saya selalu menulis mengenai kekeluargaan, hubungan suami isteri dan isu semasa.

Jom join SUPERGROUP TELEGRAM saya di mana kita boleh berinteraksi dengan lebih rapat lagi.

Klik ➡️ BroOhsem Fans ⬅️

BroOhsem

Bersangka Baik Tidak Bertempat


"Takpe, bebudak tu dah biasa", kata Ibu kepada 2 orang anak kecil yang ditinggalkan di dalam kereta yang tidak dimatikan enjinnya di hadapan sebuah pasaraya.

"Saya masuk beli barang kejap je", kata bapa kepada seorang budak kecil yang di tinggalkan di atas motor di hadapan kedai runcit.

Sifat terlalu yakin seperti ini yang bakal mendatangkan malapetaka di dalam sesebuah keluarga.

Bayangkan orang pujuk anak yang kecil supaya membuka pintu kereta tu? Kejap je anak dengan kereta tu akan hilang. Bayangkan jugak anak di atas motor tu senang sangat dilarikan. Grab and go. Orang sekeliling pun belum tentu perasan.


Berhenti menjadi terlalu yakin dan berfikiran positif tidak bertempat. Jangan membuka ruang untuk orang berbuat jahat. Akibatnya amat menakutkan.

Kadang - kala orang jahat ini tidak berniat untuk berbuat jahat PADA MASA ITU, tetapi apabila perluang seperti ini terpampang di hadapan mata, ia boleh mendetikkan niat jahat itu.

Sama juga seperti membiarkan anak di dalam kedai. Dalam sekelip mata sahaja semuanya boleh berubah. Jika kita terlambat sedar, kita sememangnya sudah terlambat. Jika kita sempat sedar sekalipun, kadang kala kita tak berdaya untuk mengejar. Bayangkan keadaan itu, mampukah jeritan kita membuatkan orang lain membantu? Belum tentu lagi.

Harap semua ibu - bapa yang membaca penulisan ini berfikir sejenak, pernahkah anda berbuat sesuatu seperti ini? Pernahkah anda tidak sedar di mana anak berada? Jika ya, berubahlah sebelum terlambat.

Saya sendiri pun pernah mengalaminya di Taman. Di dalam 5 saat, kami tidak tahu di mana anak kami, si Akbar. Darah menderu dengan pantas, peluh terus membasahi dahi. Jantung berdegup dengan kencang. Terus datang perasaan takut yang amat sangat. Itu baru 5 saat. Bayangkan jika lebih lama lagi?

Berhentilah bersangka baik tidak bertempat. Berhentilah berfikir yang ianya tidak akan terjadi kepada kita. Bila - bila dan di mana sahaja ianya boleh terjadi. Sentiasa buka mata dan berhati - hati. Sebenarnya perkataan lain bagi bersangka baik tidak bertempat ini ialah cuai. Jangan disebabkan kecuaian anda, hidup anda sekeluarga menjadi gelap segelap - gelapnya.


Kongsikan pesanan khidmat masyarakat ini. Sama - samalah kita jaga anak kita.

Korang pernah tak terhilang anak kejap?

Jemput follow saya 👉 Akhtar Syamir. Saya selalu menulis mengenai kekeluargaan, hubungan suami isteri dan isu semasa.

Jom join SUPERGROUP TELEGRAM saya di mana kita boleh berinteraksi dengan lebih rapat lagi.

Klik ➡️ BroOhsem Fans ⬅️

BroOhsem

Penjara Aurat Isteri


Emosi dan tekanan isteri yang ramai suami terlepas pandang.

Jika anda pasangan yang baru berkahwin, sediakanlah tempat tinggal yang sesuai untuk isteri anda. Sebaik mungkin cubalah untuk menyewa sendiri. Biar apa pun terjadi, biar susah macam mana pun, ini adalah pengalaman baru bersama.

Kenapa perlu tinggal sendiri? Tak bagus ke tinggal dengan ahli keluarga? Tak bagus ke tinggal dengan mak kita?

Bab tinggal dengan ibu sendiri akan saya ulas nanti. Hari ini kita akan fokus keadaan dan betapa tertekannya seorang isteri apabila suaminya tidak memahami kenapa isterinya yang sedang mengandung tertekan dengan hidupnya semenjak lepas berkahwin lagi.

Isteri ini tiada masalah dengan suaminya, masalah utamanya ialah keadaan di rumah apabila mereka ini tinggal sekali bersama keluarga kakak kepada suaminya. Kita biasa dengar kan, 2 3 family dalam satu rumah? Kita juga biasa dengar yang ianya tidak digalakkan. Kenapa?

Kerana bila tinggal dengan keluarga ipar, akan ada anak buah. Tambahan pula, ada adik ipar yang lain tinggal sekali. Nampak seperti tiada masalah kan? Sebenarnya ada. Kerana anak kepada kakak iparnya seorang lelaki yang sudah habis SPM, seorang lagi lelaki tingkatan 4 dan adik iparnya juga seorang lelaki yang sudah bekerja.

Ape masalahnya tinggal dengan ipar ni? Masalah sangat. Masalah paling utamanya ialah AURAT. Adik ipar dan anak buah suaminya bukan mahram. Isteri ini perlu menjaga auratnya SETIAP MASA semasa berada di rumah. Keluar sahaja pintu bilik, isteri ini perlu berpakaian seperti mahu ke kedai.


Nampak macam mudah. Tetapi ianya menjadi satu perkara yang amat menyusahkan bila perlu dibuat setiap saat dan ketika tak kira nak pergi masak, basuh pinggan, basuh baju dan semua perkara asas yang lain.

Ianya umpama tinggal di penjara. Setiap gerak geri perlu dijaga. Bayangkan berada di tempat isteri ini yang berpeluh - peluh dengan tudung dan baju lengan panjang setiap kali berada di rumah. Ditambah dengan cuaca yang panas sekarang ini.

Akhirnya, si isteri akan menghabiskan banyak masa di dalam bilik sahaja. Tv pun tiada untuk aktiviti isteri apabila pulang dari kerja. Termenunglah isteri di bilik dengan permainan telefon zaman dahulu sambil mengira waktu suaminya pulang dari kerja untuk dijadikan teman bercakap. Takkan nak lepak di luar berbual - bual dengan ipar lelaki setiap masa pulak kan?

Si isteri telah berbuih meminta diusahakan tinggal di rumah sewa sendiri namun tidak diendahkan. Sehingga si isteri mengalah dan tidak lagi berminat untuk berharap dapat tinggal di rumah sendiri yang bukan seperti di dalam penjara.

Emosi dan hormon wanita.mengandung ini amat tidak stabil. Suami wajib ambil berat. Perlu sangat utamakan emosi yang stabil buat isteri. Sepatutnya pada waktu ini, suami perlu memainkan peranan yang lebih dalam menjaga keperluan isteri tetapi sebaliknya yang terjadi. Isteri terus memendam rasa setiap hari.

Melayan suami dan adik beradik sendiri itu lain dan jauh berbeza dari melayan ipar dan anak buah kepada suami. Perkara seperti mengemas rumah dan dapur pasti menjadi masalah. Situasi di mana rumah dan dapur perlu dibersihkan disebab oleh orang lain pasti menjadi perkara yang perlu dihadapi setiap hari. Ini bakal menambahkan tekanan emosi buat si isteri terutamanya jika sedang hamil.


Bimbang ianya akan menjadi tidak baik, saya nasihatkan wanita ini supaya tidak berhenti menerangkan kenapa mereka perlu tinggal sendiri. Jika dibiarkan pasti akan menyumbang kepada depresi.

Ingatlah para suami. Menyediakan tempat tinggal sempurna adalah tanggungjawab suami dan tidak termasuk di dalam pemberian nafkah pun lagi. Ini adalah perkara asas. Jangan pandang rendah mengenai hal ini.

Dan janganlah pandang ringan bab AURAT isteri. Suami wajib jaga dan pelihara. Jangan diseksa isteri itu. Menjaga aurat ini bukanlah perkara yang mudah terutamanya apabila ia perlu dijaga setiap masa walaupun semasa di rumah.

Apa pendapat anda semua mengenai situasi ini? Boleh tak letakkan diri anda di tempat si isteri ini? Saya boleh dan saya faham kerana isteri saya pernah sedikit sebanyak melalui zaman ini hampir 2 tahun lamanya. Memang sangat mencabar.

Kepada keluarga mertua juga, janganlah ditahan - tahan anak yang sudah berkahwin, biarlah mereka hidup sendiri dan menjalani kehidupan keluarga baru mereka. Sudah sampai masanya mereka pula membina dan menulis serta melukis diari hidup mereka sendiri.

Jika ditahan, jangan pula bising bila menantu berkurung seharian di dalam bilik. Fahamilah situasi menantu. Jangan ditambah tekanan yang sedang mereka alami.

Semoga suami seperti ini sedar akan tekanan yang ditanggung isterinya. Kasihanilah isteri anda. Jagalah emosi mereka.

Silakan kongsi penulisan ini untuk membuka mata semua suami yang memandang ringan mengenai hal ini.

Jemput follow saya 👉 Akhtar Syamir. Saya selalu menulis mengenai kekeluargaan, hubungan suami isteri dan isu semasa.

Jom join SUPERGROUP TELEGRAM saya di mana kita boleh berinteraksi dengan lebih rapat lagi.

Klik ➡️ BroOhsem Fans ⬅️

BroOhsem

Bebola daging Kottbullar HALAL - IKEA


Bebola daging Kottbullar HALAL - IKEA

Beberapa hari lepas, sibuk orang ramai menyebarkan berita kononnya bebola daging berjenama KOTTBULAR dari IKEA Malaysia HARAM kerana mengandungi PORK di dalam label produk.

Atas dasar tanggungjawab, saya perlu maklumkan di sini yang produk ini HALAL. Ini berdasarkan :

1. Kenyataan rasmi wakil IKEA di Utusan Online.

http://m.utusan.com.my/berita/nasional/bebola-daging-kottbullar-halal-ikea-1.864348

2. Semakan HALAL di laman web JAKIM mengesahkan status HALAL produk bebola daging lembu, bebola daging dan bebola daging lembu beku adalah disahkan HALAL oleh JAKIM.

http://www.halal.gov.my/v4/directory/slm_viewdetail.php?comp_code=COMP-20050701-153950&type=C




Kenyataan wakil IKEA mengenai hal ini :

"Pengurus Dapur Ikea Batu Kawan, Muhammad Rizal Sunalim berkata, produk tersebut juga telah mendapat pengesahan sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).


Namun katanya, terdapat salah faham dan kesilapan pada paparan skrin digital di pusat jualan makanan Sweeden, Ikea Batu Kawan, Pulau Pinang yang menyatakan bahawa bahan bukan halal telah digunakan dalam Kottbullar.
“Kami memberi jaminan kepada rakyat Malaysia bahawa barangan makanan dimasak segar dan dijual di restoran, bistros serta pusat jualan makanan Sweden di semua stor Ikea Malaysia dengan pengesahan sijil halal Jakim.


“Selain itu, premis ini tidak menggunakan daging babi dan tidak mengandungi alkohol serta dikendalikan oleh pekerja Muslim yang terlatih. Di samping itu, semua pembekal kami mempunyai sijil yang halal,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini
Dalam pada itu, Muhammad Rizal berkata, orang ramai boleh menghubungi pihak pengurusan atau menghubungi IKEA untuk sebarang pertanyaan kepada pegawai berkenaan. - UTUSAN ONLINE"

Diharap semua orang boleh kongsi maklumat ini supaya tidak ada lagi kekeliruan dan keresahan di kalangan Umat Islam.



Jemput follow saya 👉 Akhtar Syamir. Saya selalu menulis mengenai kekeluargaan, hubungan suami isteri dan isu semasa.

Jom join SUPERGROUP TELEGRAM saya di mana kita boleh berinteraksi dengan lebih rapat lagi.

Klik ➡️ BroOhsem Fans ⬅️

BroOhsem

Suri Rumah Minta Cuti Dari Suami


Siapa kata suri rumah tak boleh ambil cuti? Mereka pun manusia. Ada masa sakit dan penatnya.

Awal pagi tadi kami sekeluarga keluar, ada urusan. Balik hampir tengahari tu, kami dah makan dulu kat mamak sebab si Jasmine pun nak ke sekolah dah. Nak masak memang tak sempat punya.

Sampai je di rumah, Jasmine terus bersiap. Alhamdulillah dia dah pandai pakai tudung sendiri. Ikat rambut je belum mahir. Tudung terletak jadi dah. Hehe..

Daisy sedang asyik menyusu. Mamanya dari balik tadi senyap je. Rupanya dah tertidur. Mesti penat malam tadi siapkan semua supaya kami boleh keluar awal pagi ni.

Saya tak ganggu dia dan Daisy. Biar mereka berdua tidur. Saya dan Jasmine turun untuk tunggu van sekolah dengan dia. Akbar pun saya bawak sekali. Kalau tinggalkan, memang dia bising nanti kacau Daisy dengan mama nak tidur. Alang - alang ada masa ni, ingat nak gunting rambut. Boleh guntingkan rambut Akbar sekali.

Selesai Jasmine selamat naik van dan selesai kami berdua gunting rambut, kami pun balik. Saya mandikan Akbar dulu sebelum bersiap ke tempat kerja sebab penuh rambut kat leher dia. Karang lagi dia bising.

Dah siap semuanya baru saya kejutkan isteri dan bagitau saya nak ke tempat kerja. Memang rumah dan dapur berkenjah sikit. Biasalah tu hidup berkeluarga ni. Saya tak kisah pun, saya sendiri pun tak sempat nak bantu, takkan saya nak complaint pulak kan?

Bila tengah kerja tu masuk mesej dari isteri. Dia mintak kebenaran nak rehat. Bagi saya, dia tak perlu mintak kebenaran pun, bukannya saya tak faham. Tapi dia tetap rasa bersalah kalau saya balik nanti malam rumah dan dapur kurang kemas.


Ada dua benda kita boleh ambil iktibar kat sini.

Yang pertamanya, suri rumah bukan orang gaji. Suri rumah adalah manusia biasa yang ada masa penat, ada masa sakitnya. Berhenti mengharapkan semuanya disediakan bila kita pulang dari kerja. Walaupun suami menjadi sumber utama pendapatan isi rumah, tak semestinya kita boleh anggap isteri tu wajib BEKERJA di rumah. Kena buang mentaliti berkarat tu.

Kena buang jugak mentaliti yang menganggap jadi suri rumah ini mudah. Banyak masa terluang, banyak masa rehat. Jangan kamu ingat kamu pernah jadi suri rumah semasa cuti bersalin, kamu dah tahu semua.

Dan jangan pula si suami baru cuti 2, 3 hari uruskan keluarga dah anggap kamu boleh jadi suri rumah sepenuh masa.

Jauh sangat bezanya bila kita buat perkara itu SETIAP hari, bertahun - tahun lamanya berbanding hanya 3 bulan atau 3 hari.

Yang keduanya, bila kita angkat isteri kita di tahap yang tinggi, isteri juga akan angkat diri suaminya ke tahap yang tinggi. Boleh baca penulisan saya sebelum - sebelum ini bagaimana saya memperkasakan isteri dan mengajak semua suami berbuat perkara yang sama.

Dan disebabkan itulah saya mendapat layanan yang terhebat dari isteri saya dari semua segi.

Pokoknya, jika kita mahukan servis kelas pertama, kita perlu memberikan servis kelas pertama juga pada isteri.

Hasilnya, satu keluarga akan hidup gembira, harmoni dan penuh dengan kasih sayang.


Sebelum terlupa, saya memang sediakan makanan frozen yang boleh dipanaskan terus di dalam microwave supaya boleh dimakan bila isteri tak sihat, tak sempat atau bila - bila mood memasak tu belum sampai.

Diharap anda semua yang membaca, mendapat sesuatu dari penulisan ini. Saya sentiasa berharap dengan penulisan ini, dapat saya membuka mata dan mendetikkan idea di dalam hati setiap yang membaca.

Jadi, kongsilah penulisan ini sebanyak mungkin supaya kita sama - sama dapat menyebarkan kebaikan.

Jemput follow saya 👉 Akhtar Syamir. Saya selalu menulis mengenai kekeluargaan, hubungan suami isteri dan isu semasa.

Jom join SUPERGROUP TELEGRAM saya di mana kita boleh berinteraksi dengan lebih rapat lagi.

Klik ➡️ BroOhsem Fans ⬅️

BroOhsem

Isteri aku tak cantik


Makin lama makin lemau aku tengok isteri aku nie. Kata si suami dalam hatinya. Handphone dibelek - belek membuka whatsapp group rakan - rakan. Ada yang share gambar wanita - wanita cantik beserta caption "Selamat pagi abang - abang dalam group nie". Cair si suami menengoknya. Tak kurang juga yang sering berkongsi mengenai konsep bermadu, janda mencari suami, wanita timur tengah mencari pasangan, gambar - gambar artis wanita sampailah yang lagi teruk, terus berkongsi gambar dan video pornografi.


Yang peliknya, yang tukang share itu adalah suami orang. Anak pun dah berderet. Berkongsi pula dengan rakan - rakan yang sudah berkeluarga dan kadang - kala tanpa segan silu berkongsi dengan group yang ada rakan wanita yang juga sudah berkeluarga. Yang paling menyedihkan group keluarga / keturunan pun ada yang berkongsi perkara sebegini. Malu betul bila cucu / anak saudara / mak saudara / sepupu sepapat lain tengok kenakalan mereka.


Bila masuk ke media sosial, si suami seronok LIKE gambar - gambar wanita cantik dan seksi. Seperti satu kepuasan bagi mereka apabila dapat "berinteraksi" kononnya dengan tuan empunya gambar. Yang menariknya, perbuatan itu boleh dilihat oleh orang lain yang mungkin mengenali si suami.

Bila buat benda - benda sebegini, terus terang saya katakan si suami sebenarnya tidak menghormati isterinya. Orang yang dikahwini atas nama cinta dan sayang. Orang yang akan menemani kita sehingga hujung nyawa. Mereka hanya ada suami di hati, tapi si suami ada beribu wanita di mata.


Kenapa la isteri aku tak cantik? Bisikan nakal di hati suami. Dulu menarik gila. Tak puas tengok. Pantang bergesel lengan je pun terus jadi. Tapi sekarang nak tengok muka pun tak lalu. Lemau je. Dengan rambut berserabai, muka kusam, badan pun gelebeh sane sini. Tak selera langsung dah. 2 minggu sekali tu pun sebab terdesak. Belum bila keluar lagi, tak menarik langsung pakaian dia. Macam makcik tua. Tepek bedak sejuk je, dah macam hantu dah aku tengok. Tak macam isteri orang lain. Sedap je mata memandang. Kalaulah isteri aku macam tu...

Kalau si suami ada perasaan macam nie, amatlah menyedihkan. Isteri tu tak cantik kenapa? Isteri tu di bawah jagaan siapa? Seperti anak, isteri juga perlu dibentuk suami. Anda nak isteri anda cantik, tapi anda yang tak jaga. Macam mana nak cantik?


Rambut dia serabai, gugur sana sini anda nak salahkan dia? Syampu pun anda malas beli. Kalau beli pun cap ayam yang paling murah. Asalkan berbuih.

Muka dia tak glowing, pembersih muka pun tak nak sediakan. Disuruhnya gonyoh dengan sabun mandi je. Ingat ketiak ke? Pastu nak salahkan muka isteri macam ketiak? Belum masuk bab foundation dan lain - lain. Silap - silap foundation pun anda taktau ape.

Badan dah gelebeh sana sini. Satu langkah, seribu pergerakan kat badan dia. Orang rumah ajak pergi taman jalan - jalan je pun anda dah malas. Inikan pula nak berzumba bagai. Terus dicop sebagai nusyuz ! Maksiat ! Walaupun kelas tu semua perempuan. Duduk rumah je jaga anak. Buat kerja - kerja rumah tu kan berpeluh? Anda nie bela isteri ke bela orang gaji?

Perwatakan tak menarik, pakaian tak cantik langsung. Dia nak beli baju online anda tak bagi, membazir la takut kena tipu la. Nak harapkan anda beli? Kalau boleh nak beli bundle je asalkan ade baju. Tak ke membazir? Nak cantik - cantik nie nak tunjuk kat sape? Berdosa tau. Kata si suami memberi alasan. Lepas tu nak kecoh pakaian isteri tak menarik? Hmmm..

Makeup pun takda? Pakai bedak sejuk je? Nak makeup macam mana bang, abang bagi dia beli yang pasar malam punya. Sekali dia pakai, jerawat naik sebulan. Tu yang dia tak pakai dah. Dia nak beli kat Guardian, Watson anda kata membazir, mahal. Padahal makeup tu beli boleh tahan berbulan. Dia nak beli online, abang sibuk tanya ada KKM tak? Zzzz...


Dan akhir sekali. Cinta dan hormat. Di mana cinta kita kepada isteri? Di mana pula hormat terhadap isteri. Jika anda cintakan dan hormat isteri, anda takkan buat perkara - perkara pelik tu. Anda juga takkan tergamak untuk tidak mencantikkan isteri anda.

Rasa tercabar kan? Mesti ada yang rasa macam BroOhsem nie poyo gila. Macam dia sorang je yang best. Jika anda berfikiran sebegini, saya tak dapat bantu anda. Tahap pemikiran anda tidak cukup matang dan tidak cukup terbuka untuk menerima kenyataan. Saya meminta maaf, posting ini tidak ditujukan kepada anda.


Namun, jika anda terkesan dengan posting ini, tataplah isteri anda. Minta maaf kepada dia kerana telah mengabaikan dia selama ini. Berubahlah. Berbincanglah dengan isteri apa yang dia perlukan. Kadang - kadang mereka lebih suka mendiamkan diri dari meminta. Apa yang saya harapkan ialah supaya mata dan hati anda kembali kepada isteri tercinta.

Jemput follow saya 👉 Akhtar Syamir. Saya selalu menulis mengenai kekeluargaan, hubungan suami isteri dan isu semasa.

Jom join SUPERGROUP TELEGRAM saya di mana kita boleh berinteraksi dengan lebih rapat lagi.

Klik ➡️ BroOhsem Fans ⬅️

BroOhsem

Minat Isteri Jangan Diperlekehkan


Dari jauh saya tengok dia. Comel je dia tengah posing sana - sini bergambar dengan kawan - kawan baru. Nampak jelas keseronokan dia mengikuti kelas make up tu. Turn saya jaga anak - anak pulak.

Tapi malangnya ada yang saya dengar sendiri dari orang di sekeliling.

Ada yang memperlekehkan bila si Isteri nak pergi belajar make up. Membazir katanya.


Ada juga yang mempertikaikan bila Isteri nak berzumba, "tak payah buang masa, u gemuk pun I sayang".

Tak kurang juga ada yang tak ambil kisah bila isteri nak mengikuti kursus perniagaan, "tak cukup ke I bagi u makan sampai nak berbisnes bagai?"


Kelas memasak pun tak boleh pergi, "u masak nasik putih dengan telur mata pun dah sedap dah".

Kelas bakeri takut nak benarkan, "nanti hari - hari dok makan roti, gemuk pulak u, I tak setuju".

Kelas menjahit? "Sepanjang hidup dengan I nie pernah ke takde baju nak pakai sampai sibuk nak menjahit?"

Yang paling mengecewakan, kelas online pun tak boleh masuk. Sampai macam tu sekali.

Tu belum kelas agama, mengaji / fardhu ain dan lain - lain. "Nanti - nanti je lah" katenye.




Memang sedih bila memikirkan yang pasangan sendiri terlalu negatif apabila si Isteri nak tambah ilmu dan buat apa yang dia minat. Kerana hasilnya nanti akan dikongsi bersama. Paling kurang pun boleh happy dan tambah keyakinan diri.

Kena ubah mindset kita. Kita kena ingat yang isteri juga ada keinginan dan cita - cita. Isteri bukannya hamba yang kerjanya nak jaga suami dan anak - anak je.


Saya namakan situasi ini sebagai "kebebasan yang terkawal". Beri peluang isteri untuk buat apa yang dia minat asalkan ianya dalam kawalan.

Mudah je sebenarnya.

Isteri yang happy = keluarga yang happy.

Setuju tak?

Kalau setuju SHARE la ye.

Jemput follow saya 👉 Akhtar Syamir. Saya selalu menulis mengenai kekeluargaan, hubungan suami isteri dan isu semasa.

Jom join SUPERGROUP TELEGRAM saya di mana kita boleh berinteraksi dengan lebih rapat lagi.

Klik ➡️ BroOhsem Fans ⬅️

BroOhsem