Kawan Sepermainan Isteri


Tengok gambar nie. Nampak biasa je kan? Gambar selfie Nora Azni dengan kawan-kawan dia. Tapi dari gambar-gambar nie kite tak tahu betapa gembiranya dia dapat jumpa kawan sekolah dia.


Apa bezanya situasi nie dengan orang lain? Bezanya dia adalah seorang suri rumah. Apabila seseorang isteri bersetuju untuk menjadi suri rumah, ini bermakna dia sedia mengorbankan kebebasan untuk berjumpa dengan kawan - kawan. Sebelum anda rasa meluat sebab saya highlight perkara nie, cuba fikirkan sejenak.

Seorang suri rumah tidak berpeluang untuk bersosial kecuali apabila keluar bersama suami ataupun apabila dibenarkan suami. Berbeza dengan isteri yang bekerja, mereka berpeluang untuk berjumpa kawan dan lain - lain semasa pergi kerja. Perlu diingatkan saya bukan membanding - bandingkan isteri yang bekerja atau suri rumah, saya hanya membawa kehadapan situasi - situasi yang dihadapi oleh semua suri rumah.


Jadi, apabila pulang ke kampung isteri, seboleh-bolehnya berilah kebebasan kepada isteri untuk berjumpa kawan-kawan dia. Contohnya semalam semasa kami dalam kereta, dia ternampak kawannya atas moto di simpang. Walaupun dah terlepas, saya terus cuba untuk u - turn dan kejar motor tu semata-mata untuk bagi dia jumpa kawan sekolahnya. Alhamdulillah sempat jugak kejar. Terus lepak makan mee celup lagi. Hahaha.. Anak takpe biar saya pegang, saya bagi dia lepak dengan kawan-kawan kat meja lain. Baru dia selesa kan? Nampak dia dengan kawan-kawan seronok sangat dapat berjumpa. Apa yang menggembirakan hati dia, saya pun jadi turut gembira.

Jadi, kepada suami semua, bila balik kampung isteri tu, bagilah kebebasan kepada mereka. Mereka pun nak borak-borak dengan kawan-kawan lama. Bukan selalu. Dalam whatsapp lain. Kat luar lain. Mereka pun asyik terperap di rumah menguruskan kehidupan kita dan anak - anak. Apelah salahnye kan?

Jangan terkejut kalau ada suami yang tak pernah terfikir pasal perkara nie. Harap dapat membuka mata-mata yang terpejam selama nie.

Jemput follow saya di Facebook 👉 Akhtar Syamir. Saya selalu menulis mengenai kekeluargaan, hubungan suami isteri dan isu semasa.

Jom join SUPERGROUP TELEGRAM saya di mana kita boleh berinteraksi dengan lebih rapat lagi.

Klik ➡️ BroOhsem Fans ⬅️

BroOhsem

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »