Suri Rumah Minta Cuti Dari Suami


Siapa kata suri rumah tak boleh ambil cuti? Mereka pun manusia. Ada masa sakit dan penatnya.

Awal pagi tadi kami sekeluarga keluar, ada urusan. Balik hampir tengahari tu, kami dah makan dulu kat mamak sebab si Jasmine pun nak ke sekolah dah. Nak masak memang tak sempat punya.

Sampai je di rumah, Jasmine terus bersiap. Alhamdulillah dia dah pandai pakai tudung sendiri. Ikat rambut je belum mahir. Tudung terletak jadi dah. Hehe..

Daisy sedang asyik menyusu. Mamanya dari balik tadi senyap je. Rupanya dah tertidur. Mesti penat malam tadi siapkan semua supaya kami boleh keluar awal pagi ni.

Saya tak ganggu dia dan Daisy. Biar mereka berdua tidur. Saya dan Jasmine turun untuk tunggu van sekolah dengan dia. Akbar pun saya bawak sekali. Kalau tinggalkan, memang dia bising nanti kacau Daisy dengan mama nak tidur. Alang - alang ada masa ni, ingat nak gunting rambut. Boleh guntingkan rambut Akbar sekali.

Selesai Jasmine selamat naik van dan selesai kami berdua gunting rambut, kami pun balik. Saya mandikan Akbar dulu sebelum bersiap ke tempat kerja sebab penuh rambut kat leher dia. Karang lagi dia bising.

Dah siap semuanya baru saya kejutkan isteri dan bagitau saya nak ke tempat kerja. Memang rumah dan dapur berkenjah sikit. Biasalah tu hidup berkeluarga ni. Saya tak kisah pun, saya sendiri pun tak sempat nak bantu, takkan saya nak complaint pulak kan?

Bila tengah kerja tu masuk mesej dari isteri. Dia mintak kebenaran nak rehat. Bagi saya, dia tak perlu mintak kebenaran pun, bukannya saya tak faham. Tapi dia tetap rasa bersalah kalau saya balik nanti malam rumah dan dapur kurang kemas.


Ada dua benda kita boleh ambil iktibar kat sini.

Yang pertamanya, suri rumah bukan orang gaji. Suri rumah adalah manusia biasa yang ada masa penat, ada masa sakitnya. Berhenti mengharapkan semuanya disediakan bila kita pulang dari kerja. Walaupun suami menjadi sumber utama pendapatan isi rumah, tak semestinya kita boleh anggap isteri tu wajib BEKERJA di rumah. Kena buang mentaliti berkarat tu.

Kena buang jugak mentaliti yang menganggap jadi suri rumah ini mudah. Banyak masa terluang, banyak masa rehat. Jangan kamu ingat kamu pernah jadi suri rumah semasa cuti bersalin, kamu dah tahu semua.

Dan jangan pula si suami baru cuti 2, 3 hari uruskan keluarga dah anggap kamu boleh jadi suri rumah sepenuh masa.

Jauh sangat bezanya bila kita buat perkara itu SETIAP hari, bertahun - tahun lamanya berbanding hanya 3 bulan atau 3 hari.

Yang keduanya, bila kita angkat isteri kita di tahap yang tinggi, isteri juga akan angkat diri suaminya ke tahap yang tinggi. Boleh baca penulisan saya sebelum - sebelum ini bagaimana saya memperkasakan isteri dan mengajak semua suami berbuat perkara yang sama.

Dan disebabkan itulah saya mendapat layanan yang terhebat dari isteri saya dari semua segi.

Pokoknya, jika kita mahukan servis kelas pertama, kita perlu memberikan servis kelas pertama juga pada isteri.

Hasilnya, satu keluarga akan hidup gembira, harmoni dan penuh dengan kasih sayang.


Sebelum terlupa, saya memang sediakan makanan frozen yang boleh dipanaskan terus di dalam microwave supaya boleh dimakan bila isteri tak sihat, tak sempat atau bila - bila mood memasak tu belum sampai.

Diharap anda semua yang membaca, mendapat sesuatu dari penulisan ini. Saya sentiasa berharap dengan penulisan ini, dapat saya membuka mata dan mendetikkan idea di dalam hati setiap yang membaca.

Jadi, kongsilah penulisan ini sebanyak mungkin supaya kita sama - sama dapat menyebarkan kebaikan.

Jemput follow saya 👉 Akhtar Syamir. Saya selalu menulis mengenai kekeluargaan, hubungan suami isteri dan isu semasa.

Jom join SUPERGROUP TELEGRAM saya di mana kita boleh berinteraksi dengan lebih rapat lagi.

Klik ➡️ BroOhsem Fans ⬅️

BroOhsem

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »