Bebola daging Kottbullar HALAL - IKEA


Bebola daging Kottbullar HALAL - IKEA

Beberapa hari lepas, sibuk orang ramai menyebarkan berita kononnya bebola daging berjenama KOTTBULAR dari IKEA Malaysia HARAM kerana mengandungi PORK di dalam label produk.

Atas dasar tanggungjawab, saya perlu maklumkan di sini yang produk ini HALAL. Ini berdasarkan :

1. Kenyataan rasmi wakil IKEA di Utusan Online.

http://m.utusan.com.my/berita/nasional/bebola-daging-kottbullar-halal-ikea-1.864348

2. Semakan HALAL di laman web JAKIM mengesahkan status HALAL produk bebola daging lembu, bebola daging dan bebola daging lembu beku adalah disahkan HALAL oleh JAKIM.

http://www.halal.gov.my/v4/directory/slm_viewdetail.php?comp_code=COMP-20050701-153950&type=C




Kenyataan wakil IKEA mengenai hal ini :

"Pengurus Dapur Ikea Batu Kawan, Muhammad Rizal Sunalim berkata, produk tersebut juga telah mendapat pengesahan sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).


Namun katanya, terdapat salah faham dan kesilapan pada paparan skrin digital di pusat jualan makanan Sweeden, Ikea Batu Kawan, Pulau Pinang yang menyatakan bahawa bahan bukan halal telah digunakan dalam Kottbullar.
“Kami memberi jaminan kepada rakyat Malaysia bahawa barangan makanan dimasak segar dan dijual di restoran, bistros serta pusat jualan makanan Sweden di semua stor Ikea Malaysia dengan pengesahan sijil halal Jakim.


“Selain itu, premis ini tidak menggunakan daging babi dan tidak mengandungi alkohol serta dikendalikan oleh pekerja Muslim yang terlatih. Di samping itu, semua pembekal kami mempunyai sijil yang halal,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini
Dalam pada itu, Muhammad Rizal berkata, orang ramai boleh menghubungi pihak pengurusan atau menghubungi IKEA untuk sebarang pertanyaan kepada pegawai berkenaan. - UTUSAN ONLINE"

Diharap semua orang boleh kongsi maklumat ini supaya tidak ada lagi kekeliruan dan keresahan di kalangan Umat Islam.



Jemput follow saya 👉 Akhtar Syamir. Saya selalu menulis mengenai kekeluargaan, hubungan suami isteri dan isu semasa.

Jom join SUPERGROUP TELEGRAM saya di mana kita boleh berinteraksi dengan lebih rapat lagi.

Klik ➡️ BroOhsem Fans ⬅️

BroOhsem

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »