PENJAGAAN DIRI ISTERI TANGGUNGJAWAB SUAMI


Watsons ade sale sampai hari ini. Semalam kami singgah ke Aeon Taman Equine untuk melepaskan hajat isteri.

Kami bercadang supaya hanya dia dan Jasmine sahaja yang masuk. Saya jaga Daisy dan Akbar di dalam kereta.

Sebelum mereka keluar, saya tanya, "You nak cash ke debit card?". Muka dia masa tu terus bersinar - sinar. Saya sendiri belum proses sepenuhnya apa yang saya cakap baru sebentar tadi, secara spontan soalan tu keluar. "Bestnya You tanya soalan macam tu" kata isteri saya.

Bila difikirkan semula, saya bukannya berduit pun. Tapi pada masa tu saya tak fikir ape. Saya rasa benda tu dah jadi keperluan rohani si dia. Rupa - rupanya saya sudah berada di dalam satu keadaan di mana saya baru sahaja menolak ke atas dan meletakkan keperluan isteri di tahap yang lebih tinggi dari sebelum ini.

Saya lihat sahaja dari cermin pandang belakang kereta sambil mereka dua beranak beredar menuju kegembiraan sambil membawa kad debit saya. Saya percaya yang dia tidak akan melebih - lebih dan membazir. Yang saya risaukan Jasmine tu yang dah pandai nak itu ini. Hahaha..


Saya percaya mereka semua adalah kunci kebahagiaan hidup saya. Sejak saya mula membuka mata, mendengar isi hati mereka dan meletakkan isteri dan anak dihadapan, hidup kami sekeluarga semakin bahagia, semakin kurang tekanan dan semakin ceria.

Dulu saya sering bertanya pada diri sendiri bagaimana nak cari rezeki lebih untuk gembirakan keluarga? Rupanya saya perlu gembirakan keluarga terlebih dahulu barulah rezeki itu datang dengan mudah.

Gembirakan isteri dan keluarga tidak semestinya memerlukan duit. Mulakan dengan masa. Beri isteri dan anak masa. Luangkan masa dengan mereka berbanding hal sendiri. Mula susun keutamaan hidup. Akhirnya nanti kita yang akan dapat manfaatnya.

Oh, sebelum terlupa. Menggembirakan isteri juga salah satu dari tanggungjawab nafkah batin. Bukan bende yang biasa disebut itu je tau. Nanti saya ulas dengan lebih lengkap mengenai nafkah batin pula.


Korang rasa penjagaan diri wanita ni penting atau tidak? Sebelum ini saya pernah juga dengar wanita sendiri kata letak bedak je dah cukup, saya bukan kaki mekap katenye. Pada pendapat saya mungkin dia pun kurang faham keperluan diri dia sebenarnya. Penjagaan diri wanita buka alat solek je. Betul tak?

Semoga dengan penulisan ini dapat mendetikkan niat, memberikan inspirasi, mencetuskan idea kepada pasangan suami isteri semua.

Kongsikan penulisan ini supaya perkara yang baik ini dapat disebarkan seluas - luasnya.

Jemput follow saya di Facebook 👉 Akhtar Syamir. Saya selalu menulis mengenai kekeluargaan, hubungan suami isteri dan isu semasa.

Jom join SUPERGROUP TELEGRAM saya di mana kita boleh berinteraksi dengan lebih rapat lagi.

Klik ➡️ BroOhsem Fans ⬅️

BroOhsem

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »