Islam : Isteri wajib mentaati Suaminya untuk ke Syurga.
Melayu : Syurga Isteri terletak di bawah tapak kaki Suami.
Betul atau tidak? Setuju atau tidak?
Kenapa selama ini kita dimomokkan sebegini sedangkan dalam Islam tidak direndahkan isteri itu sampai ke tapak kaki?
Jangan cakap pasal perumpamaan. Kerana itu tidak adil kerana tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya yang sebenar.
Ini yang membuatkan ramai suami berasa "superior", merasakan yang dirinya mempunyai darjat yang lebih tinggi berbanding isterinya. Sedangkan dalam institusi kekeluargaan, suami adalah pelengkap kepada isterinya dan isterinya melengkapkan suaminya.
Ini juga penyebab kenapa ramai suami menghambakan isterinya. Kerana mentaliti inilah. Isteri itu untuk diangkat setinggi-tingginya, bukan diletakkan dibawah tapak kaki serendah-rendahnya.
Ubah persepsi anda mulai hari ini. Lihat isteri anda dari pandangan yang berbeza. Saya pasti anda akan lebih menghargai mereka.
Semoga dapat mencelikkan mata yang selama ini tertutup.
Kongsikan buah fikiran ini. Ramai yang masih menyalahgunakan ayat di atas.
Jemput follow saya di Facebook 👉 Akhtar Syamir. Saya selalu menulis mengenai kekeluargaan, hubungan suami isteri dan isu semasa.
Jom join SUPERGROUP TELEGRAM saya di mana kita boleh berinteraksi dengan lebih rapat lagi.
Klik ➡️ BroOhsem Fans ⬅️
BroOhsem
1 comments:
commentsHabis tu syurga lelaki bawah tapak kaki ibu, hang xmau kata merendahkan lelaki pulak
Reply