SUAMI TIDAK ROMANTIK


Suami tidak romantik adalah alasan yang tak munasabah.

Kepada para suami yang baca, jangan marah. Dengar dengan hati terbuka. Kadang-kala ada benda kita terlepas pandang.

Semalam saya membuat satu cabaran supaya semua friends dan followers saya di Facebook, Instagram dan Telegram supaya Whatsapp pasangan masing-masing dengan "I Love U".

Ramai yang buat. Tapi saya sangat-sangat sedih kerana ramai juga yang :-

1. Buat tapi tak mengharapkan balasan kerana memang tahu yang suaminya takkan balas.

2. Tak buat langsung, makan hati kerana pernah buat banyak kali tanpa berbalas.

Suami jenis apa ini? Isteri kamu sendiri pun kamu tak nak layan? Berhentilah memberi alasan yang kamu memang tak romantik. Itu alasan melarikan diri namanya. Setiap manusia ada sifat kasih sayang. Jika tidak, kalau bukan kerana kasih sayang, kamu berkahwin atas dasar apa?


Nafsu semata? Baik kamu tak payah kahwin. Sekadar nak berteman? Baik kamu bela kucing sahaja. Atau nak sorang hamba yang menguruskan kehidupan kamu? Patut kamu upah sahaja pembantu rumah.

Jangan kahwin. Kamu tak layak untuk berkahwin kerana kamu akan menyiksa isteri kamu. Adakah tercalar ego kamu kalau kamu balas dengan "I Love U too"? Hanya 9 huruf pun kamu malas taip dan tekan send. Hanya dengan 9 huruf sahaja kamu akan menggembirakan isteri kamu, membuatkannya tersenyum dan membuat hatinya teringatkan kamu seharian, kamu tahu tak?

Orang yang tiada kasih sayang sebegini memang tak berperikemanusiaan. Kenapa? Kerana lumrah manusia itu berkasih sayang. Kasih sayang itu sendiri membentuk seorang manusia. Jika tiada kasih sayang, kamu memang bukan manusia sebenarnya.

Terutamanya kepada yang sudah berkahwin. Si isteri sudah berikan segala-galanya. Bukan hanya tubuh mereka tetapi jiwa dan raga mereka. 9 huruf pun kamu tak boleh bagi?

Masa bercinta dulu reti pulak nak berkasih sayang? Kenapa lepas dah kahwin tiba-tiba bagitau yang diri tak romantik? Bohong !

Ada yang kata, suami hanya balas kalau bab anak-anak sahaja. Kamu kahwin dengan seorang perempuan atau seketul ovari? Hanya gunakan dia untuk jaga anak? Bagaimana dengan hati dan perasaan dia? Tak cukup penting?


Berubahlah. Berikan nafkah batin yang wajib kepada isteri. Penuhkan jiwa mereka dengan kasih sayang. Berhenti memberi alasan yang kamu tidak romantik. Itu alasan yang tak munasabah dan murahan. Itu tandanya kamu seorang suami yang tidak bertanggungjawab. Tanggungjawab seorang suami itu termasuklah menjaga hati isteri. Buat bahagian kamu kerana saya pasti ramai isteri yang telah membuat bahagian mereka tanpa dibalas.

Bak kata salah seorang sahabat saya, jika makanan boleh mengenyangkan perut, kata-kata cinta, manis dan manja dari pasangan bisa mengenyangkan hati dan jiwa.

Romantik ni tak perlu terus ke arah beli bunga ke cokelat ke, cukup emoji love 💗 pun dah boleh dikira romantik. Tak percaya? Cubalah. Pasti pasangan kamu akan menghargainya.

Romantik juga tak semestinya dengan percakapan sahaja, kalau dia lupa balas whatsapp, tapi bila balik rumah dia peluk isteri dia, dia pegang erat dan layan isteri dia dengan lembut dan baik, itu pun salah satu cabang romantik jugak.

Satu nasihat buat isteri yang mengalami masalah ini. Jangan berputus asa. Teruskan mencuba. Tanamkan dalam hati yang suami akan berubah suatu hari nanti. Saya percaya sekeras-keras hati suami, hanya isteri yang boleh melembutkannya. Terus buat bahagian anda, dan terus berdoa cinta dan kasih sayang itu akan berbalas.

Semoga dapat membuka mata "suami tidak romantik" seluas-luasnya.

Kongsikan penulisan ini supaya kita boleh hapuskan alasan suami tidak romantik ini.

Jemput follow saya di Facebook 👉 Akhtar Syamir. Saya selalu menulis mengenai kekeluargaan, hubungan suami isteri dan isu semasa.

Jom join SUPERGROUP TELEGRAM saya di mana kita boleh berinteraksi dengan lebih rapat lagi.

Klik ➡️ BroOhsem Fans ⬅️

BroOhsem

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »