IBU KEJAM SEPAK ANAK 3 TAHUN


Ibu kejam sepak anak 3 tahun dan mempergunakannya untuk keuntungan sendiri.

Niu Niu yang berusia 3 tahun merupakan model popular di kalangan pelbagai jenama pakaian di pelbagai platform perdagangan di China.

Dalam satu rakaman video, ibunya boleh didengar  berkata, "Aku akan tendang kau sampai mati, kau percaya? Ambil bunga tu sekarang, jangan buat aku marah masa penggambaran".

Rakaman itu dirakam di Hangzhou, China. Didakwa selepas gadis itu bekerja sepanjang hari sebagai model pada 6 April 2019.



Niu Niu telah bekerja selama enam bulan dan dilaporkan bahawa ibunya telah memaksa Niu Niu bekerja dengan keras baru-baru ini.

Semua kedai dalam talian yang dikaitkan dengan Niu Niu telah menarik gambar dan video dari laman web mereka selepas video itu muncul. 110 kedai online menandatangani petisyen untuk menyokong kebajikan model kanak-kanak. Namun, tidak ada peraturan dan tiada undang-undang yang dikuatkuasakan untuk melindungi kanak-kanak ini.


Ibu Niu Niu telah menyuarakan tindak balas, di mana dia mendakwa bahawa dia tidak bermaksud untuk menyakiti anak perempuannya dan dia menendang anak perempuan berusia tiga tahun itu kerana dia berjalan terlalu dekat dengan jalan raya (sedangkan dalam video itu tiada pun jalan raya). Dia percaya rakaman itu diambil oleh ibu bapa model kanak-kanak yang lain, yang cemburu dengan kejayaan Niu Niu.

Beliau berkata, "Tidak ada ibu-bapa yang tidak pernah memukul anaknya, saya jarang sekali memukul anak saya." Dia mendakwa bahawa Niu Niu tidak menanggung sebarang kecederaan daripada tendangan itu, itulah sebabnya dia tidak menangis.


Dia juga berasa dibuli kerana kedai pakaian tidak akan bekerja dengannya lagi. Lebih banyak kisah yang diceritakan oleh krew yang bekerja dengan mereka sebelum ini. Di dalam rakaman lain yang diambil pada bulan Mac 2019, menunjukkan bahawa dia mengancam dan memukul Niu Niu, dengan penyangkut baju.

Di dalam salah satu rakaman menunjukkan bahawa dia Ibunya berkata, "ucapkan hello, cepat, ucapkan helo, senyum, goyangkan pinggul, pusing," dan Niu Niu segera menukar ekspresi wajahnya ke mod kerja apabila dia hampir dipukul.


Seorang pemilik kedai yang bekerja dengannya memberitahu dia dipaksa pergi ke banyak rakaman oleh ibunya, "kebiasaannya mereka memerlukan 4 minit untuk menyelesaikan satu rakaman atau 15 rakaman dalam masa satu jam."

Seorang jurugambar lain berkata Niu Niu, yang bekerja dari jam 9 pagi hingga 6 petang, dipukul di bahagian belakang kerana dia letih dan tidak dapat meluruskan belakangnya. Kes seperti Niu Niu ini sangat biasa dalam industri.

"Ada banyak ibu-bapa yang suka memaksa seperti ini, malah ada yang menahan waktu tidur anak untuk menghentikan mereka daripada membesar terlalu tinggi. Mereka tidak boleh menjadi model kanak-kanak lagi jika mereka lebih tinggi dari 160cm."

Model kanak-kanak sering memodelkan pakaian musim bunga semasa musim sejuk. Ada yabg sudah tidak berasa sejuk kerana terlalu biasa dengan keadaan itu.


Niu Niu menjadi model untuk 400 pakaian dalam masa 4 hari. Model kanak-kanak seperti dia boleh mendapat RM3000+ hingga RM6,000+ sehari. Model yang paling popular boleh mengumpul duit yang cukup untuk membeli rumah dalam tempoh 1 tahun sahaja.

Dalam satu temu bual, apabila ditanya sama ada dia suka mengambil foto atau memakai pakaian mewah, Niu Niu berkata tidak, dia lebih suka berlari. Ibunya berkata Niu Niu bergurau dan kesan lebam di kakinya adalah disebabkan kecuaiannya dan terjatuh.
.
Adakah kita sebagai ibu-bapa sanggup memaksa anak sebegini? Adakah ini untuk masa depan mereka atau kepentingan diri semata-mata?

Semoga kita tidak terjerumus di dalam dunia tamak haloba sehingga mengurangkan nilai kita sebagai ibu-bapa dan manusia.

Bayangkan anak itu yang membesar dengan keadaan tertekan seperti itu. Sangat-sangat kasihan.

Silakan kongsi pendedahan ini supaya dapat menjadi iktibar semua.

Jemput follow saya di Facebook 👉 Akhtar Syamir. Saya selalu menulis mengenai kekeluargaan, hubungan suami isteri dan isu semasa.

Jom join SUPERGROUP TELEGRAM saya di mana kita boleh berinteraksi dengan lebih rapat lagi.

Klik ➡️ BroOhsem Fans ⬅️

BroOhsem
.
Sumber info 9gag.com

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »