MODUS OPERANDI PEDOFILIA TERBONGKAR


Berlaku secara LIVE depan mata kami. Modus operandi pedofilia terbongkar.

Semalam, group BroOhsem Fans di telegram yang seramai lebih 2 ribu orang telah dikejutkan dengan mesej seorang yang membawa watak wanita beranak dua. Dengan tidak semena-mena menawarkan diri sebagai tempat untuk berkongsi masalah anak perempuan berumur 1 hingga 7 tahun.

Saya yang telah menghidu ada yang tidak kena, terus menanyakan soalan mudah. Masalah apa yang perlu orang kongsi dengan dia tu?

Jawapan seterusnya menunjukkan niat dan arah tujuan sebenar dia. Berkenaan alat sulit kanak-kanak. Saya yang semakin yakin dengan situasi ini meminta jawapan yang lebih spesifik.

Sejurus selepas dia memberitahu yang dia ingin orang bercerita mengenai masalah keputihan dan kegatalan di kemaluan, saya tahu dah yang dia seorang pedo.



Tak dinafikan ada ibu-ibu yang terpedaya dan pm dia. Selepas berbual lebih kurang untuk mendapat kepercayaan, dia akan mula minta gambar kemaluan anak. Dari situ dia akan memuaskan nafsu jahanam itu dan ada kebarangkalian gambar itu juga akan digunakan ke arah yang lain.

Berhati-hatilah ibu-bapa semua. Perlu peka terhadap orang masalah mental sebegini. Mereka akan membuat anda selesa dahulu dan kemudian akan menunjukkan dirinya yang sebenar. Pada saat itu, jangan teruskan. Ketahuilah yang orang sebegitu mempunyai niat yang buruk.





Segala bentuk maklumat peribadi, jangan kongsi dengan sesiapa pun kecuali Doktor yang merawat anak anda. Tidak kira dari percakapan ataupun gambar. Elakkan diri anda dan anak anda dari menjadi mangsa sampah sebegini.

Jangan ingat kita di group ibu-ibu atau di group pengasuh, benda ni tak jadi. Itu lubuk tempat si jahanam ini mencari mangsa.


Kongsikan post ini supaya semua orang lebih peka tentang perkara ini. Iya, memang wujud manusia seperti binatang ini.

Jemput follow saya di Facebook 👉 Akhtar Syamir. Saya selalu menulis mengenai kekeluargaan, hubungan suami isteri dan isu semasa.

Jom join SUPERGROUP TELEGRAM saya di mana kita boleh berinteraksi dengan lebih rapat lagi.

Klik ➡️ BroOhsem Fans ⬅️

BroOhsem

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »